GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, November 21, 2013

Isu Bernas lebih berkesan dari isu GST


| November 13, 2013

Bernas mampu menjadi isu besar kerana ia memberi kesan kepada ramai golongan berpendapatan rendah dan nasib mereka perlu dibela.

SUBANG: Pakatan Rakyat kali ini mensasarkan serangan terhadap monopoli syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) untuk memenangi hati pengundi Melayu golongan bawahan khususnya di sektor pertanian.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Bernas mampu menjadi isu besar kerana ia memberi kesan kepada ramai golongan berpendapatan rendah dan nasib mereka perlu dibela.

Ini katanya berikutan keuntungan berjuta ringgit yang dikaut taikun Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary ekoran dasar penswastaan Bernas, namun tidak membela nasib petani dan usahawan Bumiputera sebaliknya terus memerah keringat orang Melayu miskin demi mengkayakan kroni Barisan Nasional (BN).

“GST, TPPA juga isu penting tapi impaknya tak besar sama seperti pendedahan kes lembu (NFC).

“Pakatan Rakyat kena ambil peluang tangani dan pertahankan isu Bernas ini secara berterusan supaya mendapat tempat dihati orang Melayu termasuk petani Cina di Sekinchan,” katanya di hadapan kira-kira 100 pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu majlis makan malam, malam tadi.

Syed Mokhtar memiliki 53.7% saham Bernas selain menguasai lesen AP import beras dengan memperoleh keuntungan sebanyak RM3.6 bilion sehingga tahun 2012 dan dijangka meningkat hingga RM3.9 bilion pada 2015.

Malah kerajaan turut memanjangkan monopoli Bernas terhadap pengurusan bekalan beras negara dan monopoli pengimportan beras sehingga 10 Januari 2021.

Pada masa yang sama, Ketua Umum PKR itu berkata isu yang melibatkan kaum lain termasuk minoriti di Sabah dan Sarawak juga tidak boleh diabaikan.

Beliau turut menyeru pemimpin lain menunjukkan komitmen yang tinggi supaya terus kekal relevan dalam Pakatan Rakyat.

Anwar juga sempat berterima kasih kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mampu menangani sentimen dalam masa sama mengekalkan prestasi urus tadbir negeri dengan baik tanpa sebarang kompromi.

Sementara itu, Khalid sebagai tuan rumah majlis berkata, kepimpinannya bersedia untuk bekerja lebih keras dan mahu membuktikan peluang yang diberikan kepada rakyat sebagai pemegang amanah sebelum ini diteruskan.

“Walaupun mereka tahu bukan senang nak dapat projek daripada saya tetapi mereka masih menyokong…satu perkara yang tak perlu takut kita akan kekal bekerjasama dan terus bersikap amanah menguruskan wang rakyat,” katanya.

No comments:

Post a Comment