GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, November 18, 2013

Pengguna belum sedia hadapi GST


Publication: HM
Date of publication: Nov 15, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 061

Kuala Lumpur: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menyifatkan pengguna masih belum bersedia menghadapi pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berikutan tiada maklumat tepat diperoleh mengenai cukai berkenaan.

Setiausaha agungnya, Datuk Paul Selva Raj berkata, walaupun penyampaian maklumat semakin mudah khususnya dengan penggunaan laman sosial, namun kebanyakan maklumat yang dipaparkan adalah salah dan mengelirukan.

"Penyampaian maklumat daripada pihak kerajaan perlu dilakukan secara teliti dan menyeluruh bagi mengelakkan orang ramai keliru.

"Ini kerana, pengguna bimbang dengan kenaikan harga barang sedangkan gaji yang diterima masih sama dan tidak meningkat," katanya selepas forum bertajuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST): Adakah Rakyat Malaysia Bersedia? anjuran akhbar New Straits Times (NST) melalui sisipan Business Times di sini, semalam.

Menurutnya, kerajaan juga perlu meningkatkan kepercayaan rakyat bagi mengelakkan rakyat berterusan mempertikaikan usaha kerajaan melaksanakan GST.

"Sebagai pengguna, kita yang akan mengeluarkan wang untuk membayar GST dan kita berhak mengetahui ke mana wang berkenaan dibelanjakan.

"Memandangkan wujud pelbagai laporan negatif daripada Laporan Audit Negara, maka rakyat seolah-olah takut pelaksanaan GST tidak memberi pulangan kepada negara," katanya.

Sementara itu, Ketua Ekonomi, Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC), Nor Zahidi Alias berkata, pelaksanaan GST dijangka akan menyebabkan Indeks Harga Pengguna (CPI) meningkat dalam tempoh enam bulan pertama.

No comments:

Post a Comment