GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, November 21, 2013

GST: Kerajaan perlu turun padang


WARTAWAN SINAR HARIAN
20 November 2013

SHAH ALAM – Penggunaan media massa dan sosial dikatakan kurang sesuai untuk memberikan penjelasan mengenai pelaksanaan GST pada masa kini.

Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Teknologi, Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Khairie Ahmad berkata, ini kerana, masyarakat mempunyai persepsi negatif terhadap GST akibat kekurangan maklumat sejak GST dicadangkan pada 2005.

“Tidak salah guna media sosial dan media massa seperti radio dan televisyen berikan penjelasan. Memang semua kerajaan dan organisasi gunakan kaedah itu untuk menguar-uarkan suatu perkara.

“Dalam kes GST, kerajaan boleh guna medium itu namun pada masa sama, kena turun padang menerangkan kepada rakyat seperti yang dilakukan calon ketika berkempen pilihan raya.

Cara itu mampu beri kesan yang lebih besar untuk orang ramai lebih memahami hal GST,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kaedah komunikasi terbaik dalam menyampaikan maklumat berkaitan GST kepada masyarakat yang masih ramai kurang faham mengenainya.

Dalam pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan GST pada 1 April 2015.

Mohd Khairie berkata, akibat kekurangan maklumat, masyarakat mempunyai pandangan berbeza berbanding dengan perkara yang mahu disampaikan kerajaan.

Bagi mengatasi masalah itu, beliau berkata, penglibatan pemimpin komuniti seperti ketua kampung, pengerusi persatuan penduduk, pengerusi jawatan kuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) serta imam boleh digunakan.

Menurutnya, kaedah komunikasi interpersonal seperti itu mampu meningkatkan kefahaman selain memberikan impak lebih besar kepada masyarakat.

No comments:

Post a Comment