GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, November 21, 2013

Tetapkan jangka hayat kenderaan alasan kerajaan kutip hasil GST, kata PKR


OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
NOVEMBER 20, 2013


Cadangan Putrajaya memperkenalkan tempoh hayat kenderaan maksima selama 12 tahun adalah bagi membolehkan mereka mengutip Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada April 2015, kata PKR.

Pengarah Startegi PKR Rafizi Ramli (gambar) berkata, setiap urusniaga pembelian dan penjualan kereta baru atau terpakai akan dikenakan GST, maka lebih kerap rakyat bertukar kereta lebih banyaklah GST yang akan dikutip.

"Saya mengesyaki alasan sebenar Barisan Nasional (BN) mahu melaksanakan had jangka hayat kereta adalah untuk mengutip cukai GST yang bakal dilaksanakan.


"52% majoriti rakyat yang mengundi PR terus dihukum oleh kerajaan minoriti BN melalui dasar yang menambahkan beban sara hidup demi membiayai keborosan dan ketirisan BN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata pada Ahad lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu membuat pertimbangan segera bagi menetapkan had jangka hayat kenderaan di negara ini demi kepentingan rakyat.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon berkata pada Sabtu, kenderaan yang berusia melebihi 12 tahun tidak selamat berada di jalan raya kerana ia mengundang risiko kematian lebih tinggi semasa kemalangan berbanding kereta baharu.

Katanya, kenderaan berusia terdedah dengan pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu dan mengurangkan daya serapan tenaga pelanggaran ketika berlaku kemalangan.

Bagaimanapun katanya jangka hayat kenderaan turut dipengaruhi beberapa faktor seperti reka bentuk kereta, cara pemanduan dan penyelenggaraan kenderaan.

Dr Wong memberi contoh kenderaan seperti teksi mempunyai jangka hayat selamat yang lebih pendek iaitu lima tahun disebabkan penggunaannya melebihi 12 jam sehari berbanding kereta lain. – 20 November, 2013.

No comments:

Post a Comment