GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, November 18, 2013

Kerajaan optimis lebih banyak syarikat daftar di bawah GST


ARKIB : 17/11/2013
Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR

IPOH 17 Nov. - Kerajaan optimis lebih banyak syarikat akan mendaftar di bawah sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan mula diperkenalkan pada 1 April 2015 biarpun hanya organisasi perniagaan meraih perolehan melebihi RM500,000 setahun sahaja diwajibkan untuk berbuat demikian.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, perkara itu disebabkan syarikat-syarikat berkenaan boleh menerima pembayaran balik berbanding cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang dilaksanakan sebelum ini.

"GST dijalankan secara berperingkat-peringkat dan pada peringkat kedua, ketiga dan keempat, mereka boleh mendapat pembayaran balik daripada pelunasan bayaran yang dibuat di bawah sistem tersebut.

"Jadi, dengan cari itu, syarikat-syarikat akan mendaftar di bawah GST walaupun kita letak penanda aras RM500,000 ke bawah tidak perlu untuk berbuat demikian," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Deepavali anjuran Parlimennya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambun di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment