GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 22, 2013

GST: Dewan Ulamak gesa ulama haraki bangkit


NOV 21, 2013 HARAKAHDAILY

SHAH ALAM: Krisis kewangan yang sedang dihadapi kerajaan mendesak mereka mengemukakan sistem baru percukaian yang dinamakan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) yang bakal dikenakan kepada seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira miskin atau kaya bermula pertengahan 2015 nanti.

“Dalam situasi ini Ulamak Haraki perlu bangkit menegaskan prinsip-prinsip percukaian dalam Islam yang memberi keadilan kepada seluruh rakyat,” tegas Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Harun Taib dalam ucaptama pada muktamar tahunan dewan itu kali ke-52 di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini pagi ini.

Teks beliau dibacakan timbalannya, Ustaz Datuk Ahmad Yakob pada muktamar yang bertemakan ‘Ulama Haraki Menangani Fasad Mengisi Kemenangan’.

Jelasnya, prinsip-prinsip percukaian islam adalah:

1. Cukai hanya boleh diambil di saat kerajaan benar-benar berhadapan situasi yang sangat memerlukan iaitu kewangan negara tidak cukup menampung perbelanjaan mengurus dan pembangunan negara.

2. Disyaratkan pula keperluan kewangan itu berlaku bukan kerana ketirisan dalam perbelanjaan atau pemborosan.

3. Apabila cukai dikenakan ia tidak boleh meliputi seluruh masyarakat tanpa membezakan kaya atau miskin. Kaedah cukai ialah diambil daripada orang-orang kaya dan diberikan untuk kegunaan orang-orang miskin.

Beliau berkata, antara ciri penting negara Islam ialah merupakan negara hidayah bukan negara jibayah (cukai). 

Jelasnya, di zaman Umar bin Abdul Aziz menjadi Khalifah beliau berjaya memulihkan krisis kewangan negara dalam masa dua tahun. 

Katanya, kesedaran rakyat yang kaya dibangkitkan sehingga mereka berlumba-lumba membayar zakat dan cukai negara. 

“Berbeza hari ini rakyat mencari jalan dan alasan meloloskan diri daripada cukai negara sehinggakan kerajaan kerugian cukai berjuta-juta ringgit,” ujarnya. 

Kesannya, kata beliau di zaman Umar bin Abdul Aziz rakyat miskin yang ingin menerima bantuan sangat sukar dicari berbanding hari ini rakyat miskin yang memerlukan bantuan mencari-cari dan menagih bantuan kerajaan.

2 comments:

  1. kat kelantan macam mana pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepengetahuan admin, struktur cukai di mana2 negeri di Malaysia adalah hampir sama seperti cukai pintu, cukai tanah, cukai tanaman, cukai bagi papan tanda dll. Terengggau pernah diberitakan melaksanakan sistem cukai Islamik (jizyah-jika tidak silap) semasa pemerintahan PAS.

      Delete