GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 22, 2013

Kecurangan ekonomi negara berulang saban tahun


NOV 22, 2013 HARAKAHDAILY

SHAH ALAM: Kecurangan terhadap ekonomi negara berulang saban tahun dan bukti kelemahan serius pengurusan kerajaan BN didedahkan berulang ganti melalui Laporan Ketua Audit Negara, tegas Presiden PAS, datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"PAS berpandangan bahawa perkara sebegini berlaku kerana wujudnya tangan-tangan ghaib yang lebih tinggi dan lebih berkuasa, yang bertindak mengatur segala operasi perolehan dan pengurusan kerajaan, lantas membenarkan penyelewangan dan pembaziran berterusan berlaku dengan terang dan nyata," ujarnya ketika membentangkan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-59, dekat sini, pagi tadi.

Beliau memberi contoh penurunan penarafan Malaysia sebagai A minus (A-) dari ‘Stabil’ pada bulan Julai kepada ‘Negatif ‘ oleh Fitch Rating, sebuah Badan Penarafan Antarabangsa di Hong Kong.

Implikasi penurunan ‘penarafan’ itu, ujarnya akan menekan kos pinjaman seperti bon dan negara kehilangan tarikan sebagai destinasi pelaburan.

"Penyakit ini adalah secara khususnya berpunca dari tadbir-urus kewangan negara yang tidak pruden atau bijak. Kerajaan BN khasnya di bawah pentadbiran sekarang mesti bertanggungjawab," tegasnya.

Menyentuh pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri, Ustaz Abdul Hadi berkata tiada tindakan menyeluruh dalam membaiki ‘kedudukan fiskal-kewangan’ negara yang semakin kritikal.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan BN yang memaksa rakyat menanggung beban kemelesetan ekonomi sedangkan pada masa yang sama kerajaan terus mengamalkan penyelewengan dan pembaziran.

"Mengapa rakyat yang perlu menanggung beban sedangkan kerajaan langsung tidak sensitif. Malah dalam ruang lingkup yang lebih besar, lebih banyak faedah yang boleh direalisasikan oleh kerajaan dan rakyat sekiranya kerajaan bersungguh membasmi penyelewengan dan rasuah.

"Ini kerana mengikut perangkaan Bank Dunia, rasuah dan penyelewengan boleh menjejaskan 30% daripada KDNK sesebuah negara.

"Jesteru, inilah yang sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan dan bukannya menekan rakyat terlebih dahulu," ujarnya.

Ustaz Abdul Hadi turut menyifatkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan kerajaan BN pada 2015 sebagai cukai yang "berselindung di bawah takrif keadilan yang sarat dengan kezaliman".

PAS ujarnya, konsisten menentang perlaksanaan GST kerana ia boleh melemahkan masa depan ekonomi negara melalui cukai dan melemahkan kuasa beli rakyat sedangkan ketirisan dan penyalahgunaan dana negara masih berleluasa.

Beliau turut mendesak kerajaan supaya tidak menandatangani Perjanjian Perkongsian Negara-Negara Rentas Pasifik (TPPA) memandangkan perjanjian perdagangan bebas pelbagai hala yang dianggotai 12 negara rantau Pasifik itu lebih menjaga kepentingan Amerika Syarikat.

"PAS melihat bahawa jika sekiranya kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian TPPA ini, maka ianya bakal mengundang mudarat yang jauh lebih besar daripada manfaat kepada rakyat negara ini," tegasnya.

No comments:

Post a Comment