GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, November 21, 2013

Tinjauan hutang negara ditingkat kepada positif


2013/11/21 - 05:02:32 AM 

Moody’s nilai bersandar langkah pembaharuan fiskal kerajaan 

Kuala Lumpur: Usaha kerajaan menguruskan kedudukan ekonomi makro, fiskal dan hutang negara untuk kembali kukuh semakin membuahkan hasil apabila Moody's Investors Service meningkatkan tinjauan hutang Kerajaan Malaysia. 

Dalam kenyataan semalam, agensi penarafan antarabangsa yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat itu mengumumkan tinjauan penarafan A3 Malaysia ditingkatkan kepada positif daripada stabil. 

Firma itu berkata, perubahan dalam unjuran itu dibuat bersandarkan kepada langkah pembaharuan yang dilakukan kerajaan dalam mengukuhkan kedudukan fiskal negara. 

Kestabilan makroekonomi 

Ia menyatakan langkah pembaharuan itu memiliki prospek yang lebih baik dan mampu mewujudkan kestabilan dalam makroekonomi negara. 

Moody's Investors Service berkata, tinjauan positif ke atas hutang kerajaan itu juga dibuat hasil daripada jangkaan bahawa ekonomi Malaysia berupaya mencatatkan pertumbuhan kukuh meskipun berdepan cabaran dalam melaksanakan program penyusunan semula fiskalnya. 
“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) mengumumkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 2015 bagi memperluaskan asas cukai dan ini boleh mengurangkan kebergantungan kerajaan terhadap pendapatan berkaitan petroleum. 

“Di samping itu, rasionalisasi subsidi yang bermula pada September dengan menaikkan harga bahan api, (dilihat) membantu mengekang pertumbuhan perbelanjaan kerajaan dalam subsidi, iaitu bahagian perbelanjaan terbesar ditanggung kerajaan,” katanya. 

Justeru, agensi itu berkata, walaupun berdepan pelbagai cabaran, pelaksanaan program pembaharuan fiskal oleh kerajaan itu dijangka berupaya menstabilkan dinamik hutang negara. 

Moody's Investors Service berkata, penarafan ke atas hutang Kerajaan Malaysia itu juga disokong oleh struktur kedudukan hutang yang menggalakkan, keteguhan pasaran modal tempatan serta tahap tabungan domestik yang tinggi. 

“Semua faktor itu membantu mengurangkan kesan yang membawa kepada peningkatan defisit fiskal berbanding negara jirannya yang lain. 

“Moody's turut melihat ekonomi Malaysia kini lebih berdaya tahan berikutan peranan dan kredibiliti Bank Negara Malaysia,” katanya.

No comments:

Post a Comment