GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, November 18, 2013

Kastam kenal pasti vendor bekal perisian perakaunan GST bagi PKS


2013/11/16 - 13:40:03 PM

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia kini dalam proses mengenal pasti sebanyak mungkin vendor yang berkemampuan membekalkan perisian perakaunan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad, berkata sehingga kini 70 vendor tampil dengan cadangan masing-masing. 

"Kita iklankan dalam surat khabar kepada mereka yang ada kemampuan untuk membekalkan perisian mengikut spesifikasi kita. 

"Baru-baru ini ada 70 syarikat yang datang dengan cadangan masing-masing dan syarikat-syarikat ini akan dipertimbangkan oleh jabatan," kata beliau dalam satu temubual baru-baru ini. 

Beliau berkata kemampuan vendor ini akan dinilai mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi memastikan mereka berkeupayaan membekalkan perisian itu bagi kegunaan PKS di seluruh Malaysia. 

Menurut Khazali, kerajaan akan memberikan subsidi kepada PKS untuk membantu mereka membeli perisian ini menerusi bantuan kewangan sebanyak RM150 juta, seperti yang diumumkan dalam pembentangan bajet 2014. 

Namun, nilai subsidi yang akan diberikan masih belum ditetapkan, katanya. Pada Oktober lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta dalam bentuk geran latihan GST kepada sektor PKS. 

Sebahagian daripada geran itu, katanya, akan turut digunakan bagi tujuan kempen kesedaran dan promosi melalui iklan-iklan di media massa. 

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment