GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, November 21, 2013

Moody's sahkan prospek Malaysia kepada positif daripada stabil


KUALA LUMPUR 20 Nov. - Moody's Investors Service mengesahkan penarafan penerbit dan bon kerajaan Malaysia pada A3. Prospek berkenaan telah diubah kepada positif daripada stabil.

Agensi penarafan antarabangsa itu berkata perubahan dalam unjuran itu didorong oleh prospek yang lebih baik bagi pengukuhan fiskal dan pembaharuan serta kestabilan makroekonomi yang berterusan dalam menghadapi cabaran luar.

Moody's, dalam satu kenyataan hari ini, menjelaskan bahawa ia juga telah mengesahkan had maksimum bon mata wang asing (FC) jangka panjang pada A1 dan had maksimum deposit bank FC jangka panjang pada A3. Had maksimum deposit bank dan bon FC jangka pendek disahkan pada di P-1.

Menurut firma penarafan berkenaan, had maksmium berkenaan bertindak sebagai had pada penarafan yang boleh diberikan kepada obligasi entiti FC selain daripada kerajaan, yang domisil di negara.

Berkait dengan tindakan penarafan berkenaan, Moody's mengesahkan penarafan instrumen Khazanah Nasional Bhd. pada A3 dan menyemak semula prospek kepada positif daripada stabil.

Susulan Pilihan Raya Umum pada Mei, kerajaan Malaysia yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memulakan program pembaharuan fiskal yang lama tertangguh untuk mempercepatkan pengukuhan fiskal.

Perdana Menteri telah mengumumkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2015 bagi maksud memperluaskan asas cukai dan mengurangkan pergantungan kerajaan terhadap hasil berkaitan petroleum.

Di samping itu, rasionalisasi subsidi bermula pada September dengan kenaikan harga bahan api, membantu mengekang pertumbuhan bil subsidi yang telah menyumbang bahagian yang semakin besar daripada perbelanjaan kerajaan.

"Walaupun hasil kerajaan bergantung kepada hasil berkaitan petroleum, kami menjangkakan turun naik terhad daripada item ini, termasuk dividen, bayaran royalti dan cukai diperoleh daripada syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Bhd.," katanya.

Moody's mengesahkan penarafan penerbit, Petronas pada A1 pada Mei dan baru-baru ini memberikan prospek yang positif kepada sektor minyak dan gas bersepadu global.

Ia juga menyatakan bahawa penarafan negara Malaysia disokong oleh struktur hutang yang menguntungkan kerajaan, kedalaman pasaran modal tempatan, dan tahap tabungan dalam negeri yang tinggi. - BERNAMA

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment