GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 15, 2013

Wujud Jawatankuasa Pemantauan GST


2013/11/15 - 05:24:16 AM


Langkah pastikan sistem cukai dilaksana dengan lancar

Kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebelum akhir tahun ini bagi memastikan sistem percukaian baru itu dilaksanakan dengan lancar pada 1 April 2015 nanti. 

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata jawatankuasa yang akan dipengerusikan sendiri oleh beliau itu akan dianggotai beberapa menteri Kabinet, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wakil daripada golongan rakyat. 

“Perkara paling penting mengenai GST ialah pelaksanaannya dan jawatankuasa ini ditubuhkan bagi memastikan kelancarannya kelak,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan ucaptama pada siri diskusi ‘Business Times Insight’ yang bertajuk GST: Menyemarakkan Pertumbuhan Ekonomi dan Meningkatkan Daya Saing anjuran sisipan perniagaan akhbar New Straits Times (NST) di Petaling Jaya, semalam. 

Yang turut hadir ialah Penasihat Cukai Pejabat Pelaksanaan GST Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain;

Pengerusi The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan; Ketua Eksekutif NSTP, Mohammad Azlan Abdullah dan Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid.

No comments:

Post a Comment