ARKIB : 09/11/2013
Somsak Chayapongg bersama sebahagian produk keluaran F&N pada majlis pengumuman prestasi kewangan syarikatnya di Fraser Business Park, Kuala Lumpur, semalam. |
KUALA LUMPUR 8 Nov. - Pemansuhan subsidi gula yang diumumkan dalam Bajet 2014 tidak akan memberi sebarang kesan kepada pengeluaran dan kenaikan harga produk Fraser & Neave Holdings Bhd. (F&N).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Somsak Chayapong berkata, syarikat telah membeli gula tanpa subsidi sejak dua tahun lalu justeru keputusan kerajaan itu tidak menjejaskan perniagaan dan penggunanya.
"Kami selalunya membeli bahan mentah seperti gula daripada dua syarikat besar tempatan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas mengumumkan prestasi kewangan F&N di sini hari ini.
Ketika ditanya mengenai kesan Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap operasi syarikat, Somsak Chayapong berkata, ia tidak memberi impak kerana GST sudah lebih 10 tahun dilaksanakan di Thailand dan syarikat itu tidak terjejas.
"Saya yakin tiada impak besar terhadap aspek penggunaan tetapi pihak kami akan membuat persediaan menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.
F&N mencatatkan peningkatan perolehan dua digit sebanyak 10.6 peratus kepada RM3.51 bilion bagi tahun kewangan berakhir pada 30 September 2013, berbanding RM3.17 bilion pada tempoh yang sama sebelumnya.
Keuntungan sebelum cukainya melonjak 34.1 peratus kepada RM308.7 juta daripada RM230.2 juta, hasil daripada prestasi operasi minuman ringan dengan jualan meningkat sebanyak 7.1 peratus.
Somsak Chayapong berkata, prestasi membanggakan itu turut disumbang sebanyak 39.6 peratus dari operasi tenusu Thailand yang pulih dari banjir teruk tahun lalu lantas mengukuhkan kedudukan mereka dalam menerajui pasaran masing-masing.
"Pengenalan varian minuman baharu seperti MyCola, 100 Plus Edge dan Oishi memberikan hasil mengikut jangkaan di samping pengedaran perdagangan dan kehadiran dalam pasaran yang meningkat," katanya.
F&N yang menyambut ulang tahun ke-130 tahun ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20131109/ko_02/Pemansuhan-subsidi-gula-tidak-jejaskan-harga-produk-F&N#ixzz2kZhdxn6c
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment