GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 15, 2013

Jawatankuasa pemantau GST dibentuk sebelum akhir tahun - Husni


2013/11/14 - 15:03:45 PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka membentuk Jawatankuasa Pemantauan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebelum akhir tahun, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini. 

Jawatankuasa itu yang akan dipengerusikan oleh Husni, ditubuhkan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan GST bersama anggota dari agensi kerajaan selain wakil industri dan organisasi bukan kerajaan. 

Beliau bercakap kepada pemberita ketika ditemui di luar perbincangan 'Business Times Insight, GST: Are Malaysians Ready?' di sini, hari ini. 

GST ialah komponen penting pakej pembaharuan fiskal yang strategik bagi memenuhi proses evolusi struktur jangka panjang ekonomi negara. 

Diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2014 bulan lalu, cukai tunggal GST ini yang akan menggantikan cukai jualan dan Perkhidmatan sedia ada, akan dikuatkuasakan pada 1 April, 2015, pada kadar enam peratus. 

GST kini dilaksanakan di lebih daripada 160 negara, termasuk negara kurang maju, pada kadar dari lima hingga 27 peratus. 

Semua negara di ASEAN sudah melaksanakan GST, kecuali Brunei, Myanmar dan Malaysia. 
Menurut Husni, semua negara yang sudah melaksanakan GST, tujuh menetapkan kadar lima peratus, enam negara sebanyak tujuh peratus dan bakinya mengutip lebih 10 peratus. 

"Di negara yang melaksanakan GST mulai 2010, kadar minimum yang dikenakan ialah 12 peratus. 

"Berdasarkan persekitaran ekonomi semasa, kerajaan menganggap enam peratus sebagai kadar paling rendah," katanya. 

Dalam ucapannya pada perbincangan itu, Husni berkata menerusi pelaksanaan GST, Malaysia mampu kekal kompetitif dalam pasaran global. 

Pada masa yang sama beliau berkata negara akan menarik dan mengekalkan bakat yang mencukupi bilangannya untuk membawa pembangunan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi selain menjadi negara inovasi dengan produktiviti tinggi. 

"Dalam meningkatkan persekitaran pelaburan langsung asing yang kompetitif, lebih banyak negara akan bersepadu dalam ekonomi global, dan oleh itu adalah lebih baik untuk kita menawarkan ketelusan dan regim cukai yang rendah dan memansuhkan birokrasi serta pelepasan dan pengecualian cukai. 

"GST menawarkan penyelesaian menyeluruh kepada isu-isu terbabit serta perolehan Perbendaharaan," katanya. 

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment