GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, November 14, 2013

Pengarah Kastam: GST tidak regresif


12 November 2013

KUALA LUMPUR – Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan tahun depan tidak regresif seperti yang dilaporkan oleh beberapa media sosial dan akhbar, sebaliknya ia adalah progresif, dengan mengambil kira banyak produk dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai.

Pengarah bahagian Percukaian Dalaman Jabatan Kastam Diraja Malaysia Subromaniam Tholasy berkata GST telah mengambil kira perbelanjaan kumpulan berpendapatan rendah dan tidak melibat keperluan asas.

“Jika kita kenakan cukai ke atas semua barang, maka ia akan menjadi regresif, namun di Malaysia, kita tidak kenakan GST ke atas produk keperluan serta perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan dan perkhidmatan kerajaan, dan oleh itu tidak ada sebab untuk mengatakan ia membebankan golongan berpendapatan rendah,” katanya pada Seminar Bajet Malaysia 2014 Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia di sini hari ini.

Subromaniamm, ahli panel pada seminar itu bercakap mengenai impak GST ke atas rakyat dan perniagaan.

Beliau berkata GST hanya memberikan impak minimum ke atas kumpulan berpendapatan rendah berdasarkan kajian oleh sebuah organisasi yang menunjukkan 40 peratus perbelanjaan kumpulan itu untuk barangan perlu, yang tidak dikenakan cukai.

Beliau berkata struktur cukai juga telus dan membolehkan kerajaan mengesan kegiatan membuat keuntungan, dan tindakan akan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan anti-Pencatutan.

Mengenai impak GST ke atas sektor perumahan, beliau berkata walaupun bahan mentah dikenakan cukai, industri itu secara keseluruhannya tidak terjejas memandangkan kebanyakan bahan sudah dikenakan cukai mengikut sistem percukaian semasa.

“Kebanyakan bahan dikenakan 10 peratus cukai jualan. Menerusi GST, ia hanya dikenakan cukai enam peratus dan kadar rendah,” katanya.

Mengenai kesan GST jika Malaysia mengalami krisis ekonomi, beliau berkata cukai baharu akan menstabilkan pendapatan negara, dan atas sebab itu ia dilaksanakan.

GST, yang diumumkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2014 bulan lepas, akan dilaksanakan mulai 1 April, 2015, menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

Sistem cukai baharu ini menetapkan enam peratus kadar cukai berbanding struktur cukai semasa sehingga 16 peratus.- Bernama

No comments:

Post a Comment