GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, November 14, 2013

GST tak jejas harga produk F&N


Publication: HM
Date of publication: Nov 11, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 048

Kuala Lumpur: Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) menegaskan tiada kesan ke atas harga produknya walaupun selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada April 2015 kelak.

Ia dilihat tidak memberikan impak besar ke atas perniagaan memandangkan syarikat berdepan dengan beberapa negara yang sudah lama mengguna pakai sistem cukai berkenaan termasuk di Thailand dan Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif F&N Somsak Chayapong berkata, GST dilaksanakan lebih 10 tahun di Thailand pada kadar tujuh peratus dan lima peratus di Singapura.

"Kadar enam peratus oleh kerajaan tidak akan menjejaskan F&N dan menyebabkan kenaikan produk kami. Syarikat bersedia menghadapinya di peringkat dalaman dan luaran termasuk dengan pihak pembekal," katanya selepas mengumumkan keputusan kewangan penuh bagi 2012/2013, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, pendirian sama ditegaskan apabila pemotongan subsidi gula diumumkan, baru-baru ini yang dilihat tidak akan menggambarkan apa-apa kesan ke atas pihaknya kerana F&N menggunakan gula tanpa subsidi selama dua tahun daripada dua syarikat tempatan.

"Kami membeli bahan mentah daripada dua pembekal tempatan. Keputusan kerajaan dalam belanjawan Oktober lalu tidak menjejaskan perniagaan dan harga kepada pengguna buat masa ini. Namun kami masih menilai beberapa keputusan bagi menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.

Sementara itu, Somsak berkata, berdasarkan tahap relevan produk F&N di pasaran, pihaknya menyasarkan peningkatan dua digit daripada 15 peratus kepada 30 peratus dalam eksport produknya khusus bagi segmen tenusu kepada RM400 juta dalam tempoh lima tahun dari sekarang menerusi pembukaan kilangnya di Pulau Indah pada Oktober lalu.

"F&N Dairies Malaysia Sdn Bhd, unit di bawah F&N ketika ini menyumbang RM150 juta hingga RM200 juta jumlah eksport," katanya.

Bagi keputusan kewangan berakhir 30 September, keuntungan sebelum cukai syarikat meningkat kepada 34.1 peratus iaitu daripada RM230.21 juta kepada RM308.71 juta dalam tempoh sama.

Perolehan menokok 10.6 peratus kepada RM3.51 bilion berbanding RM3.17 bilion pada tahun sebelumnya yang disumbangkan pertumbuhan 7.1 peratus hasil jualan minuman ringan selain operasi produk tenusu di Thailand sebanyak 39.6 peratus iaitu pencapaian membanggakan selepas insiden banjir di negara jiran itu tahun lalu.

No comments:

Post a Comment