GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, November 14, 2013

Sesi perjelas GST dapat sambutan


Publication: BH
Date of publication: Nov 13, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 016

Shah Alam: Sesi penerangan mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang sudah dimulakan, mendapat sambutan baik daripada penganalisis ekonomi, ahli ekonomi dan masyarakat perniagaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata selain itu, promosi di televisyen dan akhbar juga sudah berjalan untuk memberi penerangan berhubung GST.

"Tugas kita (Kerajaan Pusat) untuk memastikan rakyat memahami langkah yang akan dilaksana dan impakGST kepada kita.

"Kadar enam peratus adalah sangat munasabah dan paling rendah dalam kalangan negara ASEAN yang mengenakan antara tujuh hingga 12 peratus," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Sector Focused Career Fair (SFCF) Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersama Talent Corporation Malaysia Bhd, di sini, semalam.

Impak positif

Abdul Wahid berkata, pengenalan GST pada 2015 akan memberikan impak positif kepada kewangan negara, walaupun selepas mengambil kira pengurangan kadar cukai individu dan korporat serta pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Saya berada di New York pada Isnin dan Selasa minggu lalu serta bertemu ramai pengurus dana. Mereka mengalu-alukan tindakan keseluruhan kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal dan memperkenalkanGST.

"Mereka memaklumkan menunggu semua tindakan ini dimulakan dan menganggap belanjawan baru dibentangkan sebagai belanjawan kejayaan untuk Malaysia," katanya.

Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata parti itu menyokong pelaksanaan GSTkerana ia lebih adil dan telus dalam jangka panjang.

"Lebih banyak anda beli, lebih banyak anda bayar dan kita boleh mengurangkan insiden lari daripada cukai.

"Bagaimanapun, kita mahu kerajaan mempergiatkan usaha mendidik orang ramai mengenai GST dan jenis produk dikecualikan daripada cukai serta berharap tidak dikelirukan pembangkang, selain mengekalkan enam peratus GST dalam tempoh lima tahun," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) di Wisma MCA di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment