GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, November 14, 2013

Penerangan GST dapat sambutan


ARKIB : 13/11/2013

SHAH ALAM 12 Nov. - Sesi penerangan mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang sudah dimulakan, mendapat sambutan baik daripada penganalisis ekonomi, ahli ekonomi dan masyarakat perniagaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, promosi di televisyen dan akhbar juga sudah berjalan bagi memberi penerangan mengenai GST.

"Menjadi tugas kita (Kerajaan Pusat) untuk memastikan rakyat memahami langkah yang akan dilaksana dan kesan GST kepada kita.

"Kadar enam peratus adalah sangat munasabah dan yang paling rendah dalam kalangan negara ASEAN yang mengenakan antara tujuh hingga 12 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Sector Focused Career Fair (SFCF), Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersama Talent Corporation Malaysia Bhd. di sini hari ini.

Abdul Wahid berkata, pengenalan GST pada 2015 akan memberikan kesan positif kepada kewangan negara meskipun selepas mengambil kira pengurangan kadar cukai individu dan korporat serta pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment