GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, November 14, 2013

GST bantu kurangkan aktiviti ‘pasaran gelap’, kata Ahmad Maslan


NOVEMBER 13, 2013
Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST)akan membantu mengurangkan
aktiviti 'pasaran gelap' dalam negara, kata Timbalan Menteri Kewangan,
Datuk Ahmad Maslan (gambar). 
Beliau berkata aktiviti seumpama itu berada pada kadar 20-25% sekarang berbanding beberapa negara maju pada 10-15%.

"GST akan dapat membantu mengurangkan aktiviti itu yang wujud di banyak negara," katanya kepada Bernama semalam.

Ahmad berkata langkah-langkah agresif untuk mempromosikan GST bermula dengan pembabitan semua jentera kerajaan yang relevan termasuk menggunakan laman web, media arus perdana dan media sosial.

Beliau berkata pemimpin masyarakat di kawasan luar bandar juga telah mula memberi penerangan kepada rakyat dan mengedarkan risalah serta brosur.

Ahmad berkata GST perlu dilaksanakan bersama-sama dengan 160 negara membangun dan maju lain.

"Kita lewat tujuh tahun," katanya. - Bernama, 13 November, 2013.

No comments:

Post a Comment