GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, November 14, 2013

Dedah GST kepada guru


ASYRAF MUHAMMAD
9 November 2013
Nor Anita
KELANA JAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur( JKDM WPKL) mengambil inisiatif memberi kefahaman kepada orang awam dengan menjalankan seminar berhubung perlaksanaan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Penolong Kanan Pengarah Kastam, Unit Cukai Barang Dan Perkhidmatan WPKL, Nor Anita Yusoff berkata, seminar julung kali yang mendapat penglibatan daripada guru sekolah dilihat dapat membantu dalam menguar-uarkan maklumat berhubung sistem GST yang akan dilaksanakan pada April 2015.

“Sebelum ini ada pihak memberi maklumat yang salah kepada masyarakat sekali gus membuatkan masyarakat takut untuk menerima pakai konsep GST pada masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian selepas perasmian Program Seminar Kesedaran GST yang diadakan di Auditorium Kastan Wilayah Persekutuan, semalam.

Menurut Anita, Kastam yang merupakan pihak yang mentadbir cukai di negara ini dukacita dengan tindakan segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan memberikan gambaran negatif berhubung perlaksanaan GST.

Jelasnya, perlaksanaan ini telah menimbulkan kekeliruan sesetengah masyarakat yang berpandangan GST merupakan cukai tambahan yang dikenakan kepada rakyat di negara ini.

“Ramai yang beranggapan GST merupakan cukai tambahan namun ia adalah sebaliknya dan kita akan cuba memberikan maklumat yang tepat melalui seminar ini agar tidak mengelirukan banyak pihak,” katanya.

Tambahnya, perlaksanaan GST tidak akan membebankan mana-mana pihak kerana Malaysia antara negara yang meletakkan kadar yang terendah iaitu sebanyak 6 peratus.

Dalam pada itu, Yang dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya 2, Ahmad Jaidi Tajuddin berkata, guru merupakan kumpulan sasar yang sesuai bagi membantu menyampaikan maklumat tepat kepada orang ramai agar kekeliruan berhubung isu ini tidak timbul lagi.

Katanya, sebagai pendidik golongan ini mampu menyampaikan isi kandungan yang diterangkan melalui seminar berkenaan.

Dianggarkan kira-kira 150 guru serta pegawai dari Pejabat Pendidikan di daerah Petaling hadir bagi mendengar seminar berkenaan.

No comments:

Post a Comment