GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, November 14, 2013

GST atasi pasaran gelap



LABUAN 13 Nov. - Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan membantu mengurangkan aktiviti 'pasaran gelap' dalam negara, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, aktiviti seumpama itu berada pada kadar 20-25 peratus sekarang berbanding beberapa negara maju pada 10-15 peratus.

"GST akan dapat membantu mengurangkan aktiviti itu yang wujud di banyak negara," katanya di sini semalam.

Ketika ini, hampir kesemua negara di dunia sama ada berstatus maju atau membangun telah mengguna pakai sistem cukai tersebut.

Secara puratanya kadar cukai GST yang diamalkan di negara-negara lain melebihi 10 peratus.

Malaysia yang akan menguatkuasakan GST pada 1 April 2015 pada kadar enam peratus, iaitu yang terendah daripada kalangan negara-negara ASEAN.

Ahmad berkata, langkah-langkah agresif untuk mempromosikan GST bermula dengan pembabitan semua jentera kerajaan yang relevan termasuk menggunakan laman web, media arus perdana dan media sosial.

Beliau berkata, pemimpin masyarakat di kawasan luar bandar juga telah mula memberi penerangan kepada rakyat dan mengedarkan risalah serta brosur.

Ahmad berkata, GST perlu dilaksanakan bersama-sama dengan 160 negara membangun dan maju lain.

"Kita lewat tujuh tahun," katanya. - BERNAMA

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment