GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 15, 2013

Bank data diwujud kumpul harga barangan dan perkhidmatan


Publication: BH
Date of publication: Nov 14, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 010
Byline / Author: Bernama

KUALA LUMPUR: Satu bank data akan diwujudkan bagi mengumpul maklumat harga barangan dan perkhidmatan masa kini untuk memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan tahun depan. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek, berkata data itu boleh membantu kerajaan memantau sekiranya ada peniaga cuba meraih keuntungan melampau kelak. 

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasaan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini. 

Hasan berkata undang-undang sedia ada seperti Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan adalah mencukupi untuk mengawal dan memantau supaya harga barangan dan perkhidmatan tidak meningkat dengan melampau apabila GST dilaksanakan April 2015 nanti. 

Katanya, kempen penerangan kepada rakyat mengenai pelaksanaan GST diteruskan supaya rakyat faham mengenai cukai itu yang akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada. 

GST ditetapkan pada kadar enam peratus. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment