GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, November 14, 2013

GST Malaysia utamakan rakyat


ARKIB : 13/11/2013

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Kerajaan tidak akan mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas komponen atau barangan yang menjadi keperluan asas masyarakat.

Pengarah Kastam Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Subromaniam Tholasy berkata, hal itu bersandarkan hasrat kerajaan bagi memastikan GST tidak menjejaskan kebajikan golongan berpendapatan rendah.

Jelasnya, beberapa tahun sebelum pengumuman rasmi pengenalan GST, kerajaan telah mengenal pasti corak perbelanjaan golongan itu.

"Berdasarkan barangan yang sering dibeli mereka, kerajaan mengambil keputusan untuk tidak mengenakan GST ke atas barangan terbabit," katanya pada seminar mengenai cukai di sini hari ini.

GST tidak dikenakan ke atas barangan makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok dan budu.

Selain itu, antara yang turut tidak dikenakan cukai ialah bekalan air paip, 200 unit pertama elektrik sebulan, pengeluaran pasport, lesen, perkhidmatan kesihatan dan pembelajaran di sekolah .

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment