GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, November 14, 2013

GST: Bank Data juga akan diwujudkan



KUALA LUMPUR 13 Nov. - Sebuah Jawatankuasa Induk bagi mengkaji aspek perundangan, penguatkuasaan, penerangan, latihan serta data harga sebagai persediaan sebelum cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan April 2015 telah ditubuhkan.

Selain itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan juga memaklumkan bahawa Bank Data yang bakal menjadi asas rujukan dalam menentukan harga keuntungan munasabah untuk peniaga akan diwujudkan dalam masa terdekat.

Komitmen dan kesungguhan itu jelas membuktikan hasrat kerajaan untuk memastikan pengguna hanya mengalami kesan minimum daripada pelaksanaan GST apabila dikuatkuasa kelak di samping tekad untuk menambah baik sistem percukaian negara.

Pada masa yang sama, langkah berkenaan turut membuktikan dakwaan pembangkang kononnya GST yang menggantikan cukai jualan dan perkhidamatan (SST) dilaksanakan secara tergesa-gesa sebenarnya tidak benar malah meleset sama sekali.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek, langkah tersebut dilaksanakan secara bersama dengan penguatkuasaan undang-undang sekaligus menambahkan lagi keyakinan terhadap komitmen kerajaan.

"Jawatankuasa Induk ini turut dianggotai Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) untuk merangka dan melaksanakan langkah-langkah persediaan bagi pelaksanaan GST. Jelas kita tidak terburu-buru melaksana GST.

"Kementerian juga akan mewujudkan Bank Data bagi menyimpan data harga barangan yang akan digunakan sebagai asas penentuan harga keuntungan yang boleh dianggap munasabah. Maklumat ini akan digunakan untuk menetapkan mekanisma pencatutan.

"Kerajaan yakin melalui usaha-usaha ini yang dilaksanakan seiring dengan penguatkuasaan, kesan GST kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan adalah mininum," katanya ketika menggulung perbahasan kementerian itu di Dewan Rakyat, hari ini.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment