GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 15, 2013

Kaji cukai lain kukuh hasil


2013/11/15 - 05:21:48 AM 

Status negara maju pada 2020 perlukan sistem percukaian sesuai

Kerajaan diminta mengkaji pelaksanaan beberapa sistem percukaian lain bagi mengukuhkan lagi asas pendapatan negara selepas mencapai status ekonomi maju pada 2020, kata seorang penasihat percukaian bebas tempatan. 

Pengerusi Taxand Malaysia, Dr Veerinderjeet Singh, berkata antara sistem percukaian yang wajar diberikan pertimbangan adalah cukai ke atas keuntungan modal (CGT) yang kini digunakan secara meluas di beberapa ekonomi maju seluruh dunia. 

“Malaysia tidak mempunyai sistem cukai sedemikian. Apa yang ada sekarang hanyalah Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT) yang tujuan utamanya adalah untuk membendung spekulasi pasaran hartanah,” katanya semasa menjadi ahli panel pada siri diskusi ‘Business Times Insight’ bertajuk GST: Menyemarakkan Pertumbuhan Ekonomi dan Meningkatkan Daya Saing anjuran sisipan perniagaan akhbar New Straits Times (NST), di Petaling Jaya, semalam. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada peserta sesi diskusi itu mengenai sama ada sistem cukai di negara ini perlu diperluaskan dengan menyasar golongan berpendapatan lebih tinggi.

Belum tiba masa

Veerinderjeet bagaimanapun menegaskan, status semasa Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun belum menjadikannya masa yang sesuai kepada kerajaan melaksanakan sistem cukai sedemikian.

“Adalah perlu juga diingatkan bahawa Malaysia sedang bersaing untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) dan masih dalam proses memperkemaskan sistem percukaian keseluruhan yang membabitkan cukai korporat dan perseorangan. 
“Apabila Malaysia sudah mencapai tahap negara maju dan pembangunan rangka kerja institusi berada pada tempatnya, maka sistem cukai sedemikian perlu dipertimbangkan,” katanya.

CGT adalah satu bentuk cukai yang dikenakan ke atas keuntungan daripada sebarang modal dilabur menerusi penjualan aset dibeli pada harga lebih rendah berbanding jumlah yang diperoleh selepas ia dijual.

Antara keuntungan modal biasa yang dikenakan CGT di beberapa negara adalah daripada penjualan saham, bon, logam berharga dan hartanah.

Tidak semua negara di dunia mempunyai CGT dan kebanyakan negara yang melaksanakan cukai itu mengenakannya pada kadar berlainan antara individu dan syarikat.

Di Malaysia, CGT belum diperkenalkan bagi keuntungan yang diperoleh daripada penjualan saham, bon atau logam berharga.

Pendapatan negara meningkat

RPGT diperkenalkan pada 2010 yang tertakluk kepada hartanah yang dijual kurang daripada lima tahun daripada tarikh pembeliannya.

Dalam pembentangan Bajet 2014, kerajaan mengumumkan hartanah yang dijual dalam tempoh tiga tahun pertama dikenakan RPGT 30 peratus.

Ia peningkatan daripada 15 peratus hartanah yang dilupuskan dalam tempoh dua tahun pertama dalam Bajet 2013 dan 10 peratus bagi hartanah yang dilupuskan antara tahun ketiga dan kelima.

No comments:

Post a Comment