GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 15, 2013

Rakyat perlu penerangan kesan laksana GST


2013/11/15 - 05:20:35 AM

Rakyat perlu diberi penerangan jelas mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi memastikan mereka memahami mengenai langkah yang bakal dilaksanakan itu dan kesannya terhadap pengguna.

Setiausaha Agung dan Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj, berkata kekeliruan pengguna mengenai GST menyebabkan sesetengah mereka beranggapan ia adalah adalah bentuk cukai baru sedangkan ia dilaksanakan menggantikan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) semasa. 

Beliau berkata, susulan itu ramai pengguna percaya bahawa pengenalan GST akan menyebabkan kenaikan harga barangan secara menyeluruh. 

“Kerajaan perlu memberikan penjelasan kepada semua lapisan masyarakat mengenai kesan sebenar GST ke atas harga barangan sama ada berkadar sifar, dikecualikan cukai atau dikenakan cukai,” katanya dalam program diskusi Business Times Insight di Petaling Jaya, semalam.

Selvaraj berkata, selain memberi penerangan jelas mengenai langkah yang akan dilaksanakan serta kesan GST, kerajaan juga perlu menyediakan panduan pembeli untuk memaklumkan kepada pengguna mengenai kesan perubahan harga yang sebenar apabila barang atau perkhidmatan terbabit dikenakan GST.

No comments:

Post a Comment