GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, November 14, 2013

KPDNKK tubuh jawatankuasa induk mengenai GST


ARKIB : 13/11/2013
MOHD. ASRON MUSTAPHA

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa induk bagi mengkaji aspek perundangan, penguatkuasaan, penerangan, latihan serta data harga sebagai persediaan sebelum cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada April 2015.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, jawatankuasa tersebut turut dianggotai pegawai daripada Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) sekali gus membuktikan kerajaan tidak terburu-buru dalam melaksanakan GST sebagaimana dituduh pembangkang.

Selain itu, kata beliau, kementeriannya juga akan mewujudkan Bank Data bagi menyimpan data harga barangan dalam masa terdekat untuk digunakan sebagai rujukan utama dalam asas penentuan harga keuntungan munasabah yang boleh diambil peniaga sebaik sahaja GST berkuat kuasa.

"Dengan adanya usaha-usaha ini di samping penguatkuasaan berterusan di bawah Akta Kawalan Harga dan Pencatutan 2011, saya percaya langkah itu mampu meminimumkan kesan negatif GST kepada rakyat sebaliknya memberi impak positif kepada sistem percukaian negera," katanya di Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment