GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, April 22, 2014

Usaha tingkat pemahaman laksana GST


Publication: BH
Date of publication: Apr 21, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 018

Kuala Lumpur: Peranan bersepadu semua peringkat kementerian penting dalam membantu kerajaan dalam usaha menyampaikan maklumat tepat mengenai keberkesanan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai 1 April tahun depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, berkata kementeriannya turut tidak ketinggalan dalam usaha meningkatkan pemahaman masyarakat khususnya pengguna dan pemain industri mengenai pelaksanaan GST.

Beliau berkata, masyarakat secara keseluruhannya semakin memahami dan bersedia dengan pelaksanaanGST sebagai sebahagian fasa yang mampu menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Selain Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Kementerian Kewangan sendiri, pelbagai agensi kerajaan lain dilihat turut berperanan penting dalam menghebahkan maklumat berkaitan GST," katanya.

No comments:

Post a Comment