Publication: HM
Date of publication: Jan 29, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 002
Nusajaya: Kerajaan menyasar perolehan RM3.8 billion hasil cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebaik ia dilaksanakan pada April 2015.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, pengenalan GST secara langsung membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara termasuk mewujudkan pasaran yang lebih adil dan telus.
"Kerajaan menyasarkan perolehan RM9 billion melalui GST pada 2016 dan hasil cukai ini membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara kerana ia lebih meluas selain menutup pasaran ekonomi gelap.
"Banyak negara tidak menggunakan kaedah GST seperti Malaysia. Di negara ini, ia lebih istimewa kerana pengecualian cukai diberi dalam pelbagai sektor termasuk ternakan, sayuran, kesihatan, perubatan, pengangkutan dan pendidikan.
"Sistem cukai ini lebih baik berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sedia ada ," katanya pada sidang media di Kota Iskandar di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment