GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, April 22, 2014

330 penceramah GST dilatih - Ahmad


ARKIB : 21/04/2014

TEMERLOH 20 April - Kerajaan akan mengadakan empat program ceramah berhubung Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di setiap kawasan Parlimen membabitkan 330 orang penceramah terlatih dalam tempoh dua bulan bermula minggu ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, setiap penceramah dibekalkan dengan input berkaitan seperti dokumen dan pemacu pena yang mengandungi graf dan maklumat berkaitan GST.

"Bahan ini digunakan sebagai persembahan multimedia supaya rakyat mudah faham apabila ceramah diselitkan dengan input sedemikian.

"Setiap kawasan Parlimen diperuntukkan RM10,000 oleh Kementerian Kewangan dengan setiap program membabitkan kos RM2,500 dan ceramah ini akan diadakan di empat lokasi berbeza," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas memberikan penerangan pelaksanaan GST kepada UMNO Cawangan Temerloh yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin di sini hari ini.

Ahmad berkata, tahap pemahaman rakyat mengenai GST yang dilaksanakan bermula 1 April 2015 masih rendah iaitu di bawah 50 peratus.

"Saya belum berpuas hati dengan perkara ini dan kita harap dengan penerangan yang akan diadakan nanti oleh penceramah dilatih, semakin ramai yang akan memahaminya," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, berdasarkan kajian Jabatan Kastam Diraja Malaysia terhadap 600 jenis barangan, hanya 10 peratus daripadanya akan mengalami kenaikan harga setelah GST dilaksanakan.

"Sebanyak 48 peratus mengekalkan harga manakala 42 peratus turun harga," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment