GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, April 22, 2014

Unjur perolehan kukuh 10 peratus



KUALA LUMPUR 21 April - KPJ Healthcare Bhd. (KPJ Healthcare) mengunjurkan untuk terus mencatat perolehan yang kukuh iaitu sekitar 10 peratus pada tahun ini.

Pengarah Urusannya, Amiruddin Abdul Satar berkata, setakat ini syarikat telah berjaya mencatatkan pertumbuhan perolehan sebanyak 10 peratus pada setiap tahun.

Beliau berkata, mengenai perancangan terbaharu kumpulan, KPJ Healthcare telah memperkenalkan infrastruktur pengkomputeran awan baharu yang dibangunkan oleh IBM untuk dilaksanakan di rangkaian hospital kumpulan.

"Setakat ini, syarikat berjaya berjimat sebanyak 30 sehingga 40 peratus dalam kos-kos perkakasan dengan sistem pengkomputeran awan yang baharu tersebut," katanya pada sesi minum petang bersama media di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, KPJ Healthcare masih belum dapat menentukan impak pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap perkhidmatan hospital di bawah kendalian kumpulan itu pada April 2015 kerana GST hanya dilaksanakan terhadap produk-produk dan bekalan barangan perubatan.

"Kami akan memindahkan input cukai daripada bekalan perubatan yang dibeli, jadi akan berlaku beberapa impak di dalam bil-bil hospital apabila GST dilaksanakan pada tahun depan," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment