GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, April 24, 2014

Khidmat kesihatan, perumahan naik harga selepas GST

APRIL 24, 2014

Dr Dzulkefly Ahmad is a member of the PAS central working committee and ex-MP of Kuala Selangor.

Sesiapa yang menonton Wacana Nasional Ahad lalu (20 April) di TV1 atas tajuk GST – Cukai Barangan dan Perkhidmatan akan teringat tentang beberapa perkara yang saya tekankan.

Di sini saya hendak highlight tentang kenaikan harga/inflasi yang bakal menimpa rakyat di sektor kesihatan dan perumahan yang dinafikan pengarah GST Kastam dan YB Titiwangsa. Maaf. Tapi sebelum itu, mengulangi sedikit.

Tentang hutang dan defisit fiskal yang tidak akan dapat diatasi selagi tabiat berbelanja besar, pembaziran, ketirisan serta bocor dengan rasuah tidak dapat diatasi. Inilah ketirisan bahkan kebocoran pada “tempayan” kerajaan.

Maka banyak mana pun yang bakal dipungut, dikatakan RM20-RM27 bilion peningkatan hasil cukai,ketika stabil nanti, hutang dan defisit tetap tidak akan dapat diatasi sebab “kebocoran tempayan” mesti ditangani dahulu.

Beberapa perkara lain yang saya bangkitkan gagal dijawab secara tuntas oleh pengarah GST Kastam dan juga Ahli Parlimen Titiwangsa. Wakil PPIM tidak bersungguh mempastikan kepentingan rakyat selaku pengguna dipertahankan.

Tulisan ini mahu membangkit satu perkara secara lebih khusus kerana dalam Wacana Nasional satu jam banyak isu tidak dapat digarap secara tuntas dan muktamad. Antara asakan saya adalah untuk membuktikan bahawa GST tidak akan membebankan khasnya golongan berpendapatan sendah-sederhana, secara tidak adil dan ganas atau “regressive”.

Pengarah GST Kastam cuba sedaya upaya meyakinkan penonton tetapi fakta dan sokongan hasil penyelidikan pihak Kastam belum atau tidak kukuh untuk mempertahankan dakwaannya. Sebaliknya saya hanya perlu menyandarkan hujah saya kepada pernyataan timbalan pengerusi Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara, bahawa perlaksanaan GST nanti akan membebankan golongan berpendapatan rendah-sederhana meskipun ada barang-barang asas yang “dikecualikan atau disifarkan kadar” cukainya.

Begitu juga nama-nama pakar ekonomi seluruh dunia yang sependapat seperti Douglas Holtz dan Cameron Smith bahkan Pemenang Novel Laureatte Ekonomi Milton Friedman tentang persoalan mengatasi hutang dan sifat “regresif” cukai kepenggunaan atau Consumption Tax seperti GST.

Cukai progresif’ adalah seperti cukai pendapatan (Income Tax) dan cukai keuntungan modal (Capital Gain Tax- CGT). Contoh CGT ialah RPGT atau Real Property Gain Tax (Hartanah).

Di negara-negara maju (OECD), orang kaya di samping cukai pendapatan, dikenakan “cukai buffet” untuk yang Maha-Kaya atau Super-Kaya. Itu baru adil terutama yang memilikki kekayaan kerana amalan kronisme dan kontrak-kontrak mega-mewah daripada kerajaan.

Juga wujud ‘Windfall Tax’ atau Cukai Keuntungan Berganda’. Malaysia pernah mengenakan cukai ini kepada sektor kelapa sawit sedikit waktu dahulu.

Keuntungan pemilik konsesi atau monopoli seperti lebuh raya atau telekomunikasi-media seperti Astro juga berbilion RM. Kenapa rakyat berpendapatan rendah-sederhana juga yang mahu dimangsakan?

Untuk hari ini yang mahu dibangkitkan adalah dakwaan kerajaan kononnya cukai yang dibayar oleh peniaga dalam rantaian bekalan contohnya sebagai pemborong, pengilang, peruncit tidak akan dipindah kepada pengguna kerana mereka akan dapat rebat atas “cukai input” mereka bayar kepada pihak Kastam DiRaja.

Dalam Wacana malam itu saya tekankan dan ulangi bahawa disegi teorinya betul tetapi rebat bukan seluruh jumlah “input tax” yang mereka bayar. Ia hanya perbezaan antara “Input Tax - Out Tax” yang dibayar pihak sebelumnya dalam rantaian bekalan.

Katakan kalau mereka dikenakan 6% GST yang berjumlah RM60 dan pihak yang bayar sebelum telah membayar cukai sebanyak RM20, maka mereka tetap akan membayar (RM60-RM20) yakni RM40 dan merekan hanya dapat balik RM20 (rebat) tetapi tetap membayar RM40!

Persoalan RM40 siapa hendak tanggung? Ini yang akan akan dipindah kepada pihak selepasnya dalam “supply-chain” itu dan akhirnya rakyat akan terbeban!

Hari ini ada dua sektor yang mengakui bahawa mereka terpaksa akan pindah kos cukai ini kepada pengguna iaitu sektor kesihatan dan perumahan.

Meskipun perkhidmatan dan rawatan hospital adalah tidak dicukai kerana dalam senarai dikecualikan (Tax-Exempted), namun ubat-ubatan dan alat-alat perubatan semuanya dicukai. KPJ Healthcare Bhd, contohnya meramalkan bil perubatan akan meningkat sebanyak 3-5% setiap tahun.

Begitu juga halnya dalam sektor perumahan dan hartanah. Seorang naib presiden MCA hari ini membangkit hakikat bahawa harga rumah akan meningkat disebabkan pihak pemaju tidak akan sanggup menampung kenaan cukai 6% terhadap pelbagai barangan pembinaan.

Beliau meramalkan kenaikan harga rumah apabila kos 3% barangan tidak mampu mereka tanggung. Ini akan dipindahkan akhirnya kepada pembeli yang akan dibebankan dengan kenaikan harga rumah.

Beliau menuntut supaya rumah mampu-milik yang dijual kepada golongan berpendapatan rendah-sederhana dikategorikan sebagai “sifar kadar” cukainya.

Nah, jelas dalam kedua-dua contoh tadi peniaga pastinya akan memindahkan kos kenaikan mereka akibat bayaran 6% GST kepada pengguna yakni rakyat. Tepat seperti yang saya nyatakan dalam Wacana Nasional Ahad lalu, teori betul, peniaga tak boleh pindah kos cukai kepada pengguna tetapi hakikatnya semua barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai akan dipindahkan dana dibebabkan kepada rakyat.

Betullah seperti disebut timbalan pengerusi Klaster Ekonomi dan Kewangan MPN bahawa golongan berpendapata rendah akan paling teruk terbeban.

Maka jangan lupa untuk menyatakan bantahan pada 1hb Mei nanti di Dataran Merdeka. Semua rakyat termasuk ahli Umno-BN mesti hadirkan diri. – 24 April, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

No comments:

Post a Comment