GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, April 22, 2014

Polis Tolak Perhimpunan Bantah GST Sebab Penganjur Tak Dapat Kebenaran DBKL



April 21, 2014

KUALA LUMPUR – Penganjur perlu mendapatkan kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung lokasi perhimpunan bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dirancang 1 Mei ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad, berkata polis terpaksa menolak permohonan penganjur bagi mengadakan perhimpunan itu kerana hanya memberikan notis pemberitahuan mengenai perhimpunan itu tanpa kebenaran daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur bagi lokasi perhimpunan.

“Penganjur sudah mengemukakan notis kepada pihak berkuasa untuk melakukan demonstrasi berkenaan di Dataran Merdeka tetapi kita terpaksa menolak permohonan berkenaan.

“Mereka gagal memenuhi syarat mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 yang memperuntukkan supaya pihak penganjur memberikan notis dan kebenaran daripada pemilik lokasi sebelum melakukan perarakan mahupun berkumpul,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Zainuddin berkata, jika penganjur telah mendapat kebenaran daripada pihak berwajib bagi lokasi perhimpunan, polis sedia untuk mengawal selia perhimpunan itu bagi mengelakkan berlakunya ketegangan dan kekacauan.

Permohonan itu dikemukakan wakil penganjur antaranya Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada kira-kira 2.30 petang hari ini.

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment