GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, April 22, 2014

Cukup-cukup jadikan GST modal politik


15 April 2014
Datuk Seri Najib Tun Razak. - Foto Bernama
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program transformasi ekonomi yang telah dirancang perlu diteruskan, dan sebarang bentuk kajian semula mengenainya akan memberi isyarat negatif kepada ekonomi negara.

"Sebarang bayangan atau isyarat bahawa proses ini akan kita perlahankan atau kita akan kaji semula, akan memberi isyarat yang begitu negatif kepada ekonomi kita," katanya pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan hari ini.

Justeru, Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata langkah-langkah yang diambil kerajaan seperti konsolidasi fiskal, rasionalisasi subsidi, termasuk langkah memperkenal cukai barangan dan perkhidmatan (GST) perlu dilakukan.

Katanya langkah-langkah ini perlu dilakukan dengan kaedah berhemat dan tidak keterlaluan dari segi pelaksanaannya, atau dalam erti kata lain tidak membebankan rakyat.

"Kita mesti melakukan langkah-langkah ini supaya kedudukan kewangan negara semakin mantap dan semakin kukuh.

"Apabila fundamental seperti ini menampakkan kesungguhan dan iltizam politik kita, maka keyakinan dunia, termasuk agensi penarafan terhadap kita akan bertambah positif lagi," kata Najib.

"Saya yakin dan percaya dengan cara sebegini akan dapat menunjukkan kemampuan kita untuk bersaing dengan ekonomi yang lain kerana kita perlu kepada kadar pertumbuhan yang sederhana tinggi.

"Kalau tidak ada pertumbuhan ekonomi, masalah kita akan bertambah berat, kalau kita nak lakukan apa sahaja, termasuk konsolidasi fiskal tanpa pertumbuhan ekonomi yang baik dan merangsangkan, cabaran ini akan menjadi lebih rumit lagi.

"Sebab itu komitmen kita untuk mencapai dalam lingkungan lima peratus mungkin kurang sikit atau lebih sikit... Tahun lepas, kita dapat 4.7 peratus, tahun ini mudah-mudahan kita mungkin dapat lebih daripada itu," katanya. 

Perdana Menteri juga berkata, negara tidak boleh bergantung dengan dasar yang begitu populis.

"Misalnya dunia tahu bahawa GST baik untuk ekonomi sesebuah negara... kita semua yakin bahawa langkah kehadapan adalah melalui GST yang boleh menentukan masa depan ekonomi negara kita dan kesejahteraan rakyat.

"Tapi masih ada pihak, kerana politik, yang mengambil platform populis menentang, walhal ini adalah untuk kebaikan rakyat.

"Kita akui tahun pertama mungkin ada kenaikan sikit, tapi itu sekali dan tidak terlalu berat, dan kita ada langkah-langkah tertentu untuk tidak terlalu membebankan rakyat, dan yang penting asas kewangan negara akan lebih kukuh dan mantap," jelas Najib. - Bernama

No comments:

Post a Comment