GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, April 22, 2014

Kementerian Kewangan Latih 330 Penceramah GST



April 20, 2014

TEMERLOH – Bagi meningkatkan pemahaman rakyat mengenai pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kerajaan melatih 330 penceramah untuk memberi penerangan GST di setiap kawasan Parlimen.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata setiap kawasan Parlimen akan diadakan empat program penerangan mengenai GST di empat kawasan berbeza oleh seorang penceramah yang dilatih itu.

“Setiap penceramah kita bekalkan dengan input berkaitan seperti dokumen, pemacu pena yang mengandungi graf dan maklumat berkaitan GST untuk digunakan dalam pembentangan multimedia mereka supaya rakyat mudah faham apabila ceramah diselitkan dengan input ini.

“Setiap kawasan Parlimen diperuntukkan RM10,000 oleh Kementerian Kewangan yang mana setiap program membabitkan RM2,500 dan ia akan diadakan di empat balai raya berbeza,” katanya kepada pemberita selepas memberi penerangan pelaksanaan CBP kepada Umno Cawangan Temerloh di sini hari ini.

Beliau berkata semua penceramah itu dipilih sendiri oleh Ketua Umno Bahagian di setiap kawasan Parlimen dan mereka menjalani latihan selama tiga hari.

“Penerangan GST di setiap kawasan Parlimen di seluruh negara ini akan dilaksanakan dalam masa dua bulan ini, bermula minggu ini manakala di Sabah dan Sarawak kita akan tetapkan tarikh lain kemudian,” katanya.

Ahmad berkata bagi kawasan yang belum memiliki penceramah yang sesuai, pihaknya telah memaklumkan kepada Ketua Umno Bahagian untuk menghantar penceramah terbaik untuk dilatih.

Dalam pada itu, beliau berkata tahap pemahaman rakyat mengenai GST masih rendah iaitu di bawah 50 peratus.

“Saya belum berpuas hati dengan perkara ini, tahap pemahaman rakyat masih rendah, kita harap dengan program penerangan yang akan diadakan nanti oleh penceramah dilatih, semakin ramai yang akan memahaminya,” katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment