GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, April 22, 2014

Mesej terbuka kepada 1,000 pengkhianat negara


ARKIB : 20/04/2014
Oleh SHEN YEE SYA

Apakah pengkhinat negara ingat Malaysia ialah hotel? Ikut suka mereka check out dan begitu juga bila mereka nak check in? Apabila sudah hilang tempat bergantung dan hilang kewarganegaraan serta ditendang atau tidak diterima oleh negara lain baharu kini hendak kembali ke Malaysia?

Adakah anda tidak berasa malu untuk kembali menjejakkan kaki di tanah air yang suatu ketika dahulu anda hina dan kemudian tinggalkan? Saranan saya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan supaya jangan membenarkan mereka kembali ke tanah air ini. Meninggalkan Malaysia atau berhijrah bukanlah suatu kesalahan tetapi tindakan mengoyak pasport Malaysia adalah satu tindakan khianat kepada negara. Jika mahu kembli ke tanah air maka kena berhadapan dengan tindakan undang-undang negara. Di UK juga ada akta khas kepada pengkhinat negara yang dikenali sebagai ‘Treason Act’ (Akta Khianat). Amaran saya, DAP pula selepas ini jangan sesekali cuba untuk mempertahankan pengkhianat dan tali barut negara. Anda lupa asal usul sendiri. Anda sanggup mengoyak pasport negara Malaysia hanya kerana mahu menjadi warganegara di United Kingdom.

Cukai

Sudah lebih daripada 30 tahun anda membayar cukai sebanyak 45 peratus kepada negara itu. Kadar cukai di Malaysia hanya 26 peratus tetapi Pakatan Rakyat menipu kadar ini adalah tinggi.

GST

Kadar GST di Malaysia hanya 6 peratus tetapi pembangkang mencipta pelbagai persepsi dan penipuan terhadap dasar ini. UK mempunyai kadar GST 15 peratus selama beberapa tahun tetapi apabila negara itu perlukan pendapatan lebih untuk atasi masalah dalam ekonomi mereka, kadar itu dinaikkan kepada 17 peratus.

Subsidi Minyak

Subsidi minyak di Malaysia dikurangkan maka pembangkang sebar fitnah kata kerajaan menindas rakyat. Menurut kajian Bloomberg harga Petrol di Malaysia adalah nombor lapan paling murah di dunia. Harga petrol di Malaysia $ 2.36 segelen ( RM 7.30 ). Segelan = 3.78541 liter. Harga petrol di UK pula dilaporkan yang ke 13 paling mahal di dunia dengan $ 8.06 segelen.

Apa kata Anwar dan DAP? Malaysia ialah negara pengeluar minyak? Tahu atau tidak jumlah simpanan minyak dunia? United Kingdom berada dalam kedudukan nombor 24 simpanan minyak petrol dunia dengan 4.5 bilion tong. Malaysia hanya dalam kedudukan ke-27 dengan 3.1 bilion tong (kajian 2010). Tetapi harga minyak di UK hampir 3.5 lebih tinggi daripada Malaysia.

Guling Kerajaan

Baru-baru ini pemimpin PKR iaitu Tian Chua memberitahu mahu mengguling Najib/kerajaan dalam tempoh lima bulan. Ini adalah satu kesalahan dan boleh dipenjara seumur hidup di United Kingdom. Di Malaysia Tian Chua kini masih lagi bebas. Namun begitu, penyokong pakatan pembangkang sering menuduh Kerajaan BN adalah zalim, anti media, anti kebebasan, anti hak asasi dan anti demokrasi? Mengapa tidak berani mencuba di UK?

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment