GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, April 22, 2014

GST beri kebaikan jangka panjang


ARKIB : 18/04/2014

Ahmad Husni
PUTRAJAYA 17 April - Pelaksanaan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar enam peratus bermula 1 April 2015 akan membawa kebaikan jangka panjang kepada rakyat negara ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, pelaksanaan itu akan memberi keuntungan jangka panjang kerana rakyat tidak lagi terbeban dengan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dikenakan pada kadar berbeza.

Beliau berkata, dengan kadar 6 peratus, Malaysia antara lapan negara daripada 161 negara yang mengenakan kadar GST terendah, apabila Malaysia melaksanakan GST kelak.

"Penyelarasan GST di Malaysia sebanyak 6 peratus adalah kadar yang amat rendah. Hanya tujuh lagi negara yang mengenakannya pada kadar lima peratus. Rakyat tidak akan terbeban berbanding negara lain yang mengenakan kadar lebih daripada 10 peratus.

"Pengenalan ini dijangka meningkatkan Indeks Harga Pengguna (IHP) negara pada kadar 1.8 peratus, dalam tahun pertama pelaksanaannya," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan ceramah perdana GST di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Ceramah anjuran Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad.

Menurut Ahmad Husni, GST merupakan sistem percukaian yang telus dan melindungi hak pengguna kerana men­yu­karkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang untuk mengaut keuntungan berlebihan.

"Selepas ini segala cukai yang dikenakan akan diselaraskan sebelum ini melalui SST pengguna perlu membayar pada kadar yang berbeza, melalui GST semuanya adalah sama.

"Sebagai contoh, jika sebelum ini sesuatu barang dijual dengan kadar cukai 10 peratus mengikut SST dan selepas pelaksanaan GST, cukai berkenaan akan diturunkan kepada enam peratus," katanya.

Sementara itu, Khazali ketika ditemui pemberita berkata, sesi penerangan GST akan diteruskan hingga ke peringkat akar umbi di seluruh kawasan Parlimen dan daerah di negara ini bagi membantu masyarakat memahami pelaksanaannya.

Katanya, program penerangan secara bersiri khususnya mengenai GST itu adalah penting untuk memastikan rakyat memahami setiap usaha dilakukan untuk kebaikan rakyat selain menangani persepsi negatif yang sering dilemparkan kepada kerajaan.

"Kita mahu memberi penerangan terperinci dalam bahasa yang mudah kepada rakyat kerana ramai yang masih keliru dan bimbang pelaksanaan GST akan menyebabkan harga barang semakin mahal.

"Masyarakat banyak menerima maklumat yang tidak tepat sehinggakan mereka membuat tanggapan negatif tentang segala perancangan dan projek yang kerajaan laksanakan, jadi sesi penerangan sebegini penting untuk menangani persepsi sebegitu," katanya.

"Kerajaan sebenarnya sentiasa berusaha keras memastikan kebajikan rakyat dalam segenap sudut termasuk mengenakan kadar cukai yang rendah kerana faedahnya rakyat dapat membeli barang dengan harga murah," katanya.

Dalam pada itu katanya, JKDM juga akan menggunakan media sosial sebagai medium tambahan untuk memperkenalkan GST ke segenap lapisan masyarakat.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment