GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, April 22, 2014

Ops Harga: 2,885 kena kompaun sejak Januari


Publication: BH
Date of publication: Apr 18, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 015
Byline / Author: Oleh Fairuz Zaidan

Kuala Lumpur: Ops Harga 2014 yang dilancarkan sejak 1 Januari lalu, menyaksikan 2,885 peniaga diambil tindakan daripada 433,949 pemeriksaan yang dibuat di seluruh negara, membabitkan rampasan bernilai lebih RM500,000.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, berkata antara kesalahan dilakukan peniaga termasuk menjual barangan tiruan, penggunaan alat penimbang yang tidak mengikut spesifikasi serta tidak mempamerkan tanda harga pada barangan.

Peniaga didenda

Beliau berkata, sehingga kelmarin keseluruhan nilai kompaun dikenakan ke atas peniaga ingkar adalah sebanyak RM146,350.

"Tindakan dan penalti menanti peniaga yang gagal meletakkan tanda harga barang yang dijual. Hukuman bagi individu adalah denda maksimum RM50,000 atau penjara dua tahun atau keduadua sekali, manakala kompaun maksimum adalah RM25,000.

"Bagi syarikat pula, selain kompaun maksimum RM50,000, ia boleh didenda maksimum RM100,000 bagi sabitan kesalahan sama," katanya selepas melakukan Tinjauan Penandaan Harga Ke Atas Premis Barangan Mewah, di kompleks beli-belah The Garden, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd Roslan Mahayudin.

Menyentuh mengenai tinjauan di pusat belibelah terkemuka itu, Hasan berkata, secara keseluruhan kementeriannya berpuas hati dengan usaha dilakukan premis perniagaan mewah yang meletakkan tanda harga barangan pada setiap barangan berjenama.

"Begitupun, saya dapati sesetengah tanda harga bagi barangan berjenama tidak diletakkan pada tempat yang memudahkan pengguna melihat serta membuat pilihan dari segi perbandingan harga.

"Malaysia yang diiktiraf pada tangga keempat sebagai destinasi pusat belibelah pilihan pelancong di dunia, sepatutnya mempunyai usaha ke arah menarik perhatian pengguna termasuk dalam soal mempamerkan harga barangan," katanya.

Wajib pamer harga barangan

Sehubungan itu, beliau berkata, satu perjumpaan akan diadakan segera dengan Persatuan Rangkaian Peruncit Malaysia (MRCA) bagi bertukar pandangan dan pendapat berhubung pendirian sebenar KPDNKK dalam isu berkaitan tanda harga barangan.

"Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1993 mewajibkan semua peniaga dan premis, termasuk pekedai di pusat beli belah yang menjual barangan mewah mempamerkan harga semua barang jualan," katanya.

Menyentuh peranan KPDNKK dalam penetapan harga bagi barangan berjenama, Hasan berkata, peniaga tidak boleh sewenangnya menaikkan harga barangan mewah khususnya selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), 1 April tahun depan.

"Ia termasuklah mereka tidak boleh berkongsi bagi mengawal pasaran harga barangan dengan pesaing di pasaran kerana hal itu adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan di bawah Akta Persaingan 2010," kata beliau.

No comments:

Post a Comment