GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, April 23, 2014

Harga kediaman stabil


Publication: HM
Date of publication: Apr 23, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 056

Putrajaya: Pasaran hartanah negara dijangka meningkat dari segi nilai dan stabil segi transaksi pada tahun ini hasil langkah diambil kerajaan untuk mengekang kenaikan harga rumah dalam tempoh 18 bulan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, sebelum pengumuman Bajet 2014 tahun lalu, kerajaan sudah mengambil langkah tertentu bagi memastikan kenaikan harga kediaman tidak meningkat secara mendadak.

"Dalam tempoh 18 bulan ini, beberapa langkah yang diambil memberi kesan positif dalam usaha memastikan harga kediaman yang ditawarkan tidak meningkat dengan ketara.

"Antara usaha kerajaan dalam menangani masalah ini adalah dengan mengehadkan tempoh pembiayaan bagi pembelian kediaman, meningkatkan kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) daripada 15 peratus kepada 30 peratus bagi tempoh pegangan tiga tahun pertama serta penghapusan skim insentif oleh pemaju perumahan (DIBS)," katanya selepas merasmikan laporan Pasaran Harta Tanah Malaysia 2013 di Institut Penilaian Negara (INSPEN), semalam.

Menurutnya, tempoh pembiayaan yang lebih pendek iaitu selama 35 tahun berbanding 45 tahun sebelum ini memberi kesan secara langsung kepada harga kediaman yang ditawarkan.

"Usaha ini dilihat dapat membantu mengekang kenaikan harga kediaman dan dalam masa sama dapat mengurangkan kadar keberhutangan isi rumah," katanya.

Menurutnya, langkah berkenaan juga adalah sebahagian daripada persediaan menghadapi GST yang akan dilaksanakan pada April 2015.

"Aktiviti jual, beli dan sewa kediaman tidak dikenakan GST dan pengguna tidak seharusnya bimbang kesan pelaksanaan GST terhadap harga kediaman," katanya.

No comments:

Post a Comment