GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, April 22, 2014

Gabem bantu perjelas GST


19 April 2014


KOTA BHARU - Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) melalui lebih 200 badan bukan kerajaan (NGO) di bawahnya akan membantu kerajaan memperjelas kepada rakyat di peringkat akar umbi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dijadual dilaksanakan pada April 2015.

Menyatakan demikian Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, "Sesi penerangan di kalangan pemimpin Umno dan NGO sedang dilakukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Pertubuhan Suara Wanita Malaysia (Wanita) dan Seminar Keusahawanan Gabem di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kota Bharu Datuk Fatmi Mohd Salleh.

"GST merupakan satu sistem cukai yang lebih adil kerana ia meliputi semua peringkat pengguna," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semasa membentangkan Belanjawan 2014 pada Oktober tahun lepas berkata cukai tunggal GST pada kadar 6 peratus akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan sedia ada yang berkadar keseluruhan 16 peratus. - Bernama

No comments:

Post a Comment