GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, April 24, 2014

Isu GST dan air tidak akan bercampur!


Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
Kelihatan beberapa penduduk mendapatkan bekalan air dari Tasik Biru
Kundang ekoran pencatuan air di kawasan tersebut, baru-baru ini.
JIKA cukai perkhidmatan dan barangan (GST) ibarat minyak dan dicampurkan dengan air sesungguhnya ia tidak boleh bersatu kerana sifat kedua-duanya perkara yang berbeza.

Sesungguhnya isu air berada di depan mata dan masalah yang sedang melanda hampir 6.7 juta pengguna merupakan suatu hakikat kehidupan yang tidak dapat disanggah lagi.

Namun isu GST yang dikatakan menekan rakyat negara ini pada masa depan masih belum terlihat lagi di pandangan mata.

Kebelakangan ini pemimpin pembangkang yang kebanyakannya adalah ahli Parlimen sedang merancang untuk mengadakan perhimpunan membantah GST secara besar-besaran ala Bersih. Persoalannya, tidak cukupkah saluran Parlimen hingga mereka memilih untuk ke jalan raya menuntut GST dimansuhkan?

Ia ibarat permainan sembunyi-sembunyi antara dua sahabat. Masalahnya bagaimana hendak ditemui sahabat yang disuruh sembunyi jika permainan pun belum lagi bermula?

Begitu juga dengan status GST yang belum diketahui buruk dan baiknya kepada masyarakat negara ini kerana ia akan dilaksana tahun hadapan.

Inilah senario yang memerlukan rakyat negara ini bangun dari tidur kerana kita disogok oleh pembangkang dalam fikiran dengan malapetaka yang belum datang sedangkan malapetaka ibarat gajah di depan mata dipandang sebelah mata hingga kemusnahannya menanti masa sahaja.

Benar sekali, masalah di depan mata iaitu masalah air yang sedang melanda negeri Selangor akan pasti menyebabkan segala kemajuan yang dirancang untuk penduduk negara ini tinggal kenangan semata-mata.

Jika kita rajin membaca akhbar media perdana dan bukan setakat pandai menulis dan mendengar kata hati sendiri sahaja di laman sosial, kita dapat melihat pelbagai pihak telah membuat kenyataan bahawa Selangor sedang mengalami malapetaka ketiadaan air yang amat kritikal. Sebanyak 30 syarikat perkilangan membuat aduan rasmi kepada pihak kerajaan negeri disebabkan masalah air yang menjejaskan operasi mereka.

Masalah air juga telah menyebabkan pemaju projek perumahan dan pemain industri kilang yang baharu memikirkan semula langkah mereka bertapak di negeri ini.

Sebaiknya pihak kerajaan negeri Selangor memikirkan langkah pro-aktif bagi memastikan bekalan air terus kekal mengalir dari paip bagi kegunaan setiap isi rumah dan isi kilang di Lembah Klang. Kita tidak mahu disebabkan air tiada banyak kilang beralih ke negeri yang banyak air dan ini pasti merugikan rakyat Selangor yang hilang pekerjaan.

Maka dalam saat rakyat Selangor amat mendambakan air, pemimpin Pakatan Rakyat jangan pula terus menggembleng idea dan membazir air liur untuk membatalkan pembinaan Loji Rawatan Langat 2 (Langat 2) yang pasti mampu menyelesai masalah air yang merupakan hak rakyat Selangor.

Sebaiknya dalam saat air sedang kering di empangan isu GST dilupakan dahulu oleh pemimpin pembangkang, kerana apa gunanya pergi membuat demonstrasi tetapi semua yang berhimpun mandi pun tidak? Dengan aroma bau badan dan mulut yang berbau pekung idea untuk berhimpun pada 1 Mei depan ibarat menempah kemarahan rakyat di Lembah Klang.

Rakyat pasti berasa tidak selesa kerana pembangkang lebih menumpukan isu GST yang belum lagi dibuktikan baik buruknya.

Ini disebabkan isu air bukan sahaja lebih afdal diperjuangkan malahan berbaloi untuk diperjuangkan berbanding isu GST yang diibarat seperti marahkan nyamuk kelambu dibakar hangus.

Justeru dalam saat kritikal ini kembalikanlah hak air kepada rakyat Selangor dan Lembah Klang yang amat memerlukannya bukan setakat untuk mandi, masak dan mencuci dosa. Air yang cukup lebih penting daripada memperjuangkan GST yang sudah diterima di 168 negara.

Ironinya, kalau aktiviti ekonomi tiada disebabkan air pun kurang sudah pasti pembayar GST pun berkurang malahan mungkin tiada kerana rakyat berada dalam situasi ekonomi yang lembap akibat ketiadaan air sebagai bahan asas.

Tolonglah rakyat mendapatkan air untuk mandi bukannya bermandi peluh akibat demonstrasi di tengah panas.

PENULIS ialah bekas peguam dan penulis bebas.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment