GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, April 22, 2014

Dataran Merdeka lokasi tetap bantah GST, kata Mat Sabu

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
APRIL 21, 2014
LATEST UPDATE: APRIL 21, 2014 05:06 PM
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua (kiri) dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu
bercakap kepada media di luar Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur, hari ini. –
Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 21 April, 2014.
Walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan Dataran Merdeka kini dalam proses pengubahsuaian, himpunan bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetap akan dijalankan, kata Mohamad Sabu.

Timbalan presiden PAS itu berkata, himpunan pada 1 Mei itu akan tetap berlangsung di Dataran Merdeka namun tidak menganggu kawasan pengubahsuaian.

“Bahagian ubah suai, biar diubah suai. (Kita buat) di bahagian tak diubah suai. Bahagian kosong.

“Setakat ni begitulah,” katanya menjawab pertanyaan wartawan yang inginkan kepastian berhubung lokasi perhimpunan itu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib mengesahkan kerja naik taraf Dataran Merdeka hanya dapat disiapkan menjelang Jun tahun ini.

Katanya, projek naik taraf yang melibatkan bahagian padang bernilai RM3.8 juta, ditutup bagi proses penanaman semula rumput di kawasan itu.

Ahmad Phesal berkata, kerja naik taraf merangkumi 21 proses kerja termasuk sistem saliran air permukaan dan saliran bawah tanah, pemulihan dan penggiatan semula tanah atas, penanaman benih, pembinaan sistem pengairan automatik dan pembekalan sistem pelapik rumput.

Mohamad berkata hasil perbincangan bersama Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad menunjukkan hasil yang positif dan mereka saling bertukar pandangan.

Katanya, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) akan memulakan perarakan dari KLCC menuju ke Dataran Merdeka dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) akan berada di sekitar Kuala Lumpur.

“Perbincangan berjalan lancar dan insya-Allah kami daripada PR mengerahkan ahli dan para penyokong untuk bersama-sama dengan NGO yang menjadi penganjur kepada perhimpunan.

“Kita harap semua akhbar dan blog memberi hebahan tentang perhimpunan ini untuk kita menentang GST, rasuah dan penyelewengan yang menyebabkan rakyat menanggung bebab akibat ketirisan sehingga kerajaaan terpaksa memperkenalkan GST untuk mencari dana atas kekurangan pendapatan mereka,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang.

Ketika ditanya, adakah apa-apa persiapan yang dilakukan pihak PR, Mohamad berkata: “Tiada persiapan apa-apa. Datang berkumpul, dengar ucapan dan bersurai.

Bulan lalu, jurucakap jawatankuasa penganjur perhimpunan bantah GST, S Arutchelvan dan beberapa pemimpin lain mengadakan rundingan bersama pihak polis.

Antara NGO yang akan turut sama memberi sokongan dalam perhimpunan ini adalah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dan beberapa pertubuhan lain. -- 21 April, 2014.

No comments:

Post a Comment