GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, April 22, 2014

Kita antara negara tetapkan GST rendah


Publication: BH
Date of publication: Apr 18, 2014
Section heading: Bisnes
Page number: 002
Byline / Author: Oleh Irwan Shafrizan Ismail

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) enam peratus yang bermula tahun depan menjadikan Malaysia antara negara yang menetapkan kadar terendah di rantau ini dalam melaksanakan kutipan cukai berkenaan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata hanya tujuh daripada 161 negara yang melaksanakan GST membuat penetapan pada kadar lima peratus, iaitu sedikit rendah berbanding kadar di negara ini bermula April tahun depan.

"Malaysia antara lapan negara yang menetapkan kadar GST terendah dan secara purata, penggantian cukai GST berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus yang digunakan sekarang tidak membabitkan perbezaan yang besar.

"Kita sudah melaksanakan kajian menyeluruh berhubung GST, termasuk dari segi manfaatnya kepada rakyat dan negara, malah GST dapat menyumbang terhadap pertambahan pendapatan dan hasil kerajaan.

"Ini sekali gus mengukuhkan kesejahteraan negara dan kemakmuran rakyat," katanya selepas Ceramah Perdana GST anjuran Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Putrajaya, semalam.

Tingkat penguatkuasaan

Ahmad Husni berkata, indeks harga pengguna (IHP) yang dijangka meningkat 1.8 peratus berikutan pelaksanaan GST hanya membabitkan golongan berpendapatan tinggi.

"IHP lebih menjurus kepada kegiatan membabitkan golongan berpendapatan tinggi dan pelaksanaan GSTtidak menjejaskan golongan berpendapatan rendah di negara ini.

"Kita membawa konsep kerajaan mengutamakan rakyat dengan berpegang kepada dasar mengasihani dan menjaga kepentingan rakyat.

Kerajaan tidak mahu pelaksanaan GST akan menyebabkan kenaikan harga secara mendadak," katanya.

Dalam mesyuarat Kabinet kelmarin, Husni berkata, kerajaan memutuskan supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meningkatkan penguatkuasaan bagi membendung kenaikan harga barangan.

Katanya, tindakan tegas perlu diambil jika ada syarikat menggunakan kedudukan mereka untuk menaikkan harga, manakala bekalan mesti mencukupi bagi memenuhi permintaan pasaran.

No comments:

Post a Comment