GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, April 22, 2014

Polis tiada halangan demonstrasi bantah GST, kata Tian Chua

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
APRIL 21, 2014
LATEST UPDATE: APRIL 21, 2014 05:41 PM
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua (kiri) dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu
bercakap kepada media di luar Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar
 
The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 21 April, 2014.Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang berkata polis tiada halangan bagi Pakatan Rakyat (PR) untuk mengadakan himpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei ini.

Beliau berkata, beberapa cadangan dan saranan pihak polis akan diperhalusi supaya ia dapat diselaras mengikut kehendak polis.

"Secara prinsipnya mereka memaklumkan polis tiada halangan untuk sebarang perhimpunan. Mereka jemput kita untuk berbincang supaya perjalanan perhimpunan ini boleh diteruskan dengan baik.

"Ada beberapa cadangan daripada pihak polis. Mereka beri sedikit nasihat dan pandangan mereka. Kami akan berbincang jika boleh diselaras mengikut nasihat," katanya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya masih belum menerima maklum balas daripada penganjur perhimpunan bantah GST yang merancang untuk berarak dari KLCC ke Dataran Merdeka pada 1 Mei ini.

Dalam rundingan pada 16 April lalu, polis memberitahu penganjur Dataran Merdeka yang dirancang sebagai destinasi perarakan tersebut kini masih dalam pembaikan, katanya seperti dilapor media.

Chua berkata, PR memberi akuj anji kepada polis untuk memastikan tiada sebarang gangguan kepada orang awam dan tiada ketegangan akan ditimbulkan.

Katanya, penghargaan diberikan kepada polis atas keprihatinan pasukan keselamatan itu untuk berbincang bersama PR.

“Kami memberi satu janji bahawa kami akan bekerjasama dengan polis untuk memastikan tiada sebarang gangguan kepada orang awam dan kita juga tidak ingin wujudkan ketegangan.

“Itulah persefahaman polis dengan kami dan kami memberi penghargaan kepada polis atas keprihatinan mereka. Kami akan kembali untuk berbincang bagi memastikan bagaimana perhimpunan ini dijalankan dengan baik,” katanya.

Naib presiden PKR itu berkata, apa yang dimahukan polis adalah penganjur dan peserta perhimpunan mematuhi undang-undang.

“Mereka tidak mahu terlalu banyak perarakan sehingga menyebabkan seluruh Kuala Lumpur mengalami kesesakan jalan raya,” katanya.

Bernama melaporkan pada Jumaat tiga NGO membuat laporan polis terhadap penganjuran himpunan bantah GST yang dijadual berlangsung 1 Mei ini.

Tiga NGO itu adalah Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (DESMMA) dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM).

Presiden IRIMM Amir Amsaa Alla Pitchay yang bertindak sebagai jurucakap kumpulan itu, menggesa polis mengambil tindakan tegas terhadap penganjur himpunan kerana ia boleh menjatuhkan imej negara.

"Himpunan membantah dan menolak usul kerajaan tidak seharusnya dijadikan budaya di negara ini kerana ia tidak memberikan faedah kepada negara malahan memberi kesan buruk dan boleh mengakibatkan huru-hara.

"Ia juga memberi kesan buruk kepada ekonomi negara dan menggugat sektor perniagaan tempatan dan luar negara," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul. – 21 April, 2014.

No comments:

Post a Comment