GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, April 7, 2014

Sistem agih BR1M 2015 perlu lebih efektif


KUALA LUMPUR 6 April - Kerajaan perlu mengemaskini sistem pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) terlebih dahulu sebelum melaksanakan bayaran tambahan khas RM300 kepada jumlah sedia ada bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah tahun depan.

Setiausaha Persatuan Cina Muslim, Ann Wan Seng berkata, langkah itu perlu diambilkira bagi mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan selain mengelak berlakunya ketirisan dalam pengagihan BR1M itu.

"Jika kerajaan hendak tambah RM300 lagi menjadikan semuanya RM1,000, itu saya kira sudah cukup baik tetapi perlu membaiki cara pengagihan wang BR1M supaya ada satu cara yang lebih sistematik.

"Kalau sebelum ini dari RM700, RM50 daripadanya kerajaan be­li­kan insurans, jadi kalau boleh untuk yang RM1,000 ini, lebih baik tidak diberikan secara total kepada mereka, perlu ambil suku daripada jumlah RM1,000 itu untuk disalurkan ke satu simpanan akaun tetap untuk jangka masa panjang," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas penerima BR1M tahun depan akan menerima RM300 berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015.

Perkara itu akan diumumkan pada pembentangan Bajet 2015 akhir tahun ini.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment