GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, April 11, 2014

MyEG tidak dilantik untuk kutip GST


10 April 2014
MyEG
PUTRAJAYA - Kerajaan tidak melantik syarikat MyEG Services Sdn Bhd untuk mengutip cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi pihak kerajaan, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad.

Dalam kenyataan di sini hari ini Khazali berkata, MyEG Services telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan untuk menjalankan projek Customs Online Service Tax Reporting (COSTR) iaitu kaedah pemantauan data jualan (invois/resit jualan) secara elektronik atas talian.

Melalui sistem yang akan dibangunkan itu, data jualan dirakam secara elektronik daripada mesin juruwang dan dihantar secara elektronik ke server sistem pemantauan elektronik (EMS) secara masa nyata kepada pusat data kastam.

"Sistem ini akan terpakai kepada sektor perkhidmatan yang melibatkan operator restoran, bar, snek bar, rumah kopi luar hotel dan operator kelab malam/ dewan tari/ kabaret/ pusat kesihatan/ rumah urut/ rumah awam/ rumah awam kelas 1 serta rumah bir kelas 1," katanya.

Penjelasan itu dibuat berikutan gesaan anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar pada Selasa lepas yang mahu kerajaan mendedahkan perjanjian yang dibuat dengan MyEG Services untuk syarikat itu melaksanakan COSTR atau EMS.

Khazali berkata berdasarkan terma dan syarat projek itu, MyEG Services hanya akan dibayar sekiranya pihak syarikat dapat membuktikan bahawa penggunaan sistem yang dibangunkan berjaya menjana peningkatan hasil daripada sektor berkenaan melebihi 14 peratus daripada hasil yang dicatat pada tahun sebelumnya.

"Syarikat tidak akan menerima apa-apa bayaran sekiranya peningkatan kutipan hasil kurang daripada 14 peratus," katanya.

Beliau berkata projek itu juga tidak melibatkan apa-apa kos kepada kerajaan dan pelesen cukai perkhidmatan bagi sektor berkenaan dari segi pembangunannya kerana kos terlibat ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat. - Bernama

No comments:

Post a Comment