GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, April 11, 2014

KPDNKK pikul peranan perjelas GST kepada rakyat


10 April 2014
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk
Seri Hasan Malek turut membuat tinjauan harga barang selepas merasmikan
Kedai Rakyat 1Malaysia di Seri Manjung di Seri Manjung hari ini. - Foto Bernama
LUMUT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menyampaikan maklumat lebih terperinci dan tepat sehingga ke peringkat akar umbi mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diluluskan Dewan Rakyat pada Isnin lepas.

Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata perkembangan terbaharu termasuk maklumat tambahan seperti senarai barangan yang tidak dikenakan GST akan turut disampaikan.

"Kita bersedia berdialog dengan golongan peniaga serta rakyat sebagai pengguna mengenai GST yang akan dilaksanakan mulai April 2015. KPDNKK perlu pastikan harga barangan tidak dinaikkan dan mereka perlu bersedia menerima hasil pelaksanaan (GST) yang baik itu," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Penjaja di Jeti Lumut di sini hari ini.

Pelaksanaan GST yang lebih telus dan seragam ialah hanya pada kadar 6 peratus berbanding cukai jualan dan cukai perkhidmatan sebelum ini sebanyak 16 peratus.

Beliau berkata KPDNKK sentiasa bekerjasama dengan agensi serta kementerian lain seperti Jabatan Kastam dan Kementerian Kewangan dalam menyampaikan maklumat mengenai GST.

Rang Undang-undang GST diluluskan menerusi undi belah bahagi sebanyak dua kali, dengan undian kali pertama pembangkang memperoleh 81 undi berbanding pihak kerajaan 118 undi, manakala kali kedua, pembangkang kekal dengan 81 undi penyokong kerajaan memperoleh 119 undi.

Dalam perkembangan lain, Hasan berkata sebanyak RM1.08 juta diluluskan bagi Program Penjaja 1Malaysia (PP1M) tahun ini dengan enam lokasi yang didapati sesuai mulai Jun ini.

Beliau berkata enam lokasi itu ialah Pasar Tradisi di Inanam (Sabah), Top Spot Kuching (Sarawak), Medan Selama Majlis Daerah Kuala Pilah (Negeri Sembilan), Medan Selera berhampiran Jeti Kuala Besut (Terengganu), gerai pejalan kaki Jeti Lumut (Perak) dan Tamu Apin-Apin Keningau (Sabah).

"PP1M bertujuan untuk menyediakan landskap atau imej baharu kepada tempat makananan atau pusat penjaja supaya ia terus dapat menarik lebih ramai pelancong dan para pengunjung," katanya.

Sejak PP1M dilancarkan pada Oktober 2012, KPDNKK telah melaksanakannya di 19 pusat penjaja terpilih di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM4.3 juta, katanya.

Terdahulu Hasan merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia di Pusat Perniagaan Manjung Point di Seri Manjung dekat sini yang beroperasi sejak dua tahun lepas. - Bernama

No comments:

Post a Comment