GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, April 8, 2014

GST tak bebankan pengguna


Publication: BH
Date of publication: Apr 8, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 023
Byline / Author: Oleh Khairul Anuar Abdul Samad

Kota Bharu: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yakin peningkatan hasil cukai kerajaan dengan terlaksananya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) nanti akan memberi banyak manfaat kepada rakyat.

Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Khazali Ahmad, berkata GST dijamin tidak akan membebankan pengguna, malah hasilnya itu akan dikembalikan semula kepada rakyat melalui pelbagai projek pembangunan.

Hasil akan bertambah

"Saya yakin hasil (cukai) akan bertambah dengan pelaksanaan GST berikutan ia satu sistem menyeluruh. Namun saya memberi jaminan bahawa ia tidak akan memberi impak besar kepada rakyat.

"Melalui sistem percukaian GST ini, kita banyak memberikan pengecualian atau "zero rate" dalam pelbagai kemudahan kepada rakyat, antaranya makanan, pengangkutan dan perubatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Pengarah Kastam SeMalaysia ke-74, di sini, semalam.

Khazali berkata, sehingga kini prasarana untuk melaksanakan sistem GST sudah sedia dan pihaknya hanya menunggu masa untuk melaksanakannya apabila sistem percukaian itu diperkenalkan April 2015 nanti.

Pada masa sama, katanya, kakitangan KDRM sudah bersedia untuk terbabit secara proaktif dalam melaksanakan sistem itu dengan bahagian Cukai Dalam Negeri diganti dengan Bahagian GST pada 1 April lalu.

Katanya, sambutan yang diberikan pelbagai pihak terutama syarikat ketika melakukan peringkat percubaan terhadap sistem MyGST begitu menggalakkan.

Manfaat sistem

"GST bukannya sesuatu yang baharu dan sudah tiba masanya negara memanfaatkan penggunaan sistem ini kerana ia sudah memberi kesan kepada lebih 150 negara. Ia didapati sistem percukaian semasa yang paling mantap," katanya.

Beliau yakin pengguna akan menikmati pengurangan harga pada barang tertentu dan tidak menolak kemungkinan terpaksa berdepan kenaikan harga pada sesetengah produk tetapi secara keseluruhannya tidak membebankan.

No comments:

Post a Comment