GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, April 8, 2014

Rang undang-undang GST 2014 dilulus


Publication: BH
Date of publication: Apr 8, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 017
Byline / Author: Oleh Faiza Zainudin; Fairuz Zaidan; Norakmah Mat Youb

Persidangan Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Rang undang-undang itu diluluskan menerusi undi belah bahagi sebanyak dua kali dengan undian kali pertama pembangkang memperoleh 81 undi berbanding penyokong kerajaan mendapat 118 undi.

Undian kali kedua menyaksikan pembangkang kekal 81 undi, manakala penyokong kerajaan memperoleh 119 undi.

Terdahulu, ketika menggulung perbahasan rang undang-undang yang mewujudkan peruntukan bagi pengenaan dan pemungutan cukai barang dan perkhidmatan (CBP) itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata CBP akan memberi implikasi positif kepada nilai eksport dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

No comments:

Post a Comment