GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, April 8, 2014

RUU GST 2014 dilulus Dewan Rakyat


7 April 2014

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Rang undang-undang itu diluluskan menerusi undi belah bahagi sebanyak duakali dengan undian kali pertama pembangkang memperoleh 81 undi berbanding penyokong kerajaan mendapat 118 undi.

Undian kali kedua menyaksikan pembangkang kekal 81 undi, manakala penyokong kerajaan memperoleh 119 undi.

Terdahulu ketika menggulung perbahasan rang undang-undang yang mewujudkanperuntukan bagi pengenaan dan pemungutan cukai barang dan perkhidmatan (CBP) itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata CBP akan memberi implikasi positif kepada nilai eksport dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Eksport akan meningkat 0.5 peratus kerana barang-barang eksport akan jadi murah dan kompetitif, dan KDNK secara keseluruhan akan meningkat kepada 0.3 peratus," katanya.

Ahmad berkata struktur CBP di Malaysia merangkumi pengecualian terhadap pelbagai jenis barang dan perkhidmatan yang bertujuan memenuhi keperluan rakyat di negara ini.

Ini berbeza di Singapura yang mengenakan CBP ke atas semua jenis barang dan perkhidmatan kecuali perkhidmatan kewangan serta rumah kediaman, katanya.

Kadar CBP sebanyak enam peratus yang ditetapkan kerajaan adalah bersesuaiandengan keadaan ekonomi semasa setelah mengambil kira beberapa faktor termasuk pengurangan cukai individu, cukai korporat dan bantuan kewangan tunai, jelasnya.

Selain itu, Ahmad berkata kerajaan akan mempertimbangkan cadangan untuk tidak menggunakan terma 'caj perkhidmatan' bagi perkhidmatan di hotel dan restoran memandangkan terdapat pengguna keliru antara cukai perkhidmatan yang dikenakan kerajaan dan pengusaha.

"Apa yang penting sekarang ialah memberi penerangan kepada pengguna mengenai caj perkhidmatan dan perbezaannya dengan cukai barang dan perkhidmatan.

"...dan ada baiknya cadangan itu dibincangkan agar caj perkhidmatan ditukar nama sama ada menggunakan terma caj restoran, caj hotel atau tips," kata Ahmad.

Beliau berkata langkah itu juga sebagai usaha untuk memastikan tidak adapengusaha restoran atau hotel yang mengambil kesempatan dengan mengenakan caj tersebut sehingga mengelirukan pengguna.

Oktober lepas, semasa pembentangan Bajet 2014 di Parlimen, PerdanaMenteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan CBP berkuat kuasa 1 April 2015 pada kadar enam peratus, menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang berkadar keseluruhan 16 peratus.

Persidangan dewan bersambung esok. - Bernama

No comments:

Post a Comment