GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, April 8, 2014

PAS pertikai peranan MyEG dalam kutipan GST

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
APRIL 08, 2014

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ingin kerajaan persekutuan menjelaskan peratusan yang diperoleh MyEG selepas konsortium itu menyediakan perisian untuk kutipan GST, mengkhuatiri hasil kutipannya tidak akan disalurkan semuanya kepada kerajaan. – Gambar The Malaysian Insider, 8 April, 2014.PAS hari ini mempertikaikan peranan konsortium MyEG dalam kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikhuatiri kesemua hasil kutipan tersebut tidak disalurkan kepada kerajaan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata kerajaan persekutuan perlu menjelaskan peratusan yang akan diperoleh MyEG selepas konsortium itu menyediakan perisian untuk kutipan GST.

“Kerajaan perlu dedahkan perjanjian yang dimeterai dengan konsortium MyEG kerana kerajaan melantik mereka bagi menyediakan perisian bagi pungutan GST.

“Jika dahulu syarikat yang menyediakan perisian AES akan mendapat jumlah tertentu, maka berapa kutipan GST yang akan diperoleh MyEG nanti?” katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang GST selepas mendapat persetujuan 118 ahli parlimen dalam undi belah bahagi yang diadakan. – 8 April, 2014.

No comments:

Post a Comment